Powered By Blogger

Friday, December 31, 2010

Wanita Acuan Al-Quran

                       

 Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

 
Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh
 

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

 

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
 

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
 

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki
 

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT




Muslimah juga sebagai sayap kiri perjuangan



                                     


Wallahu'alam                       
                                           

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Iman menuntun Amal

                                                      
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Koreksi diri:  Berazam utk sentiasa meningkatkan ilmu,iman dan amal setiap hari..Berusaha kearahnya kerana Allah mengukur usaha kita,natijah jua milikNya..mai pakat ramai-ramai kita 'cas' iman kita setiap saat agar setiap detik dalam hidup kita bernilai di pandangan Allah..Allahurabbi...

Berdoalah agar amal kita diterima disisi Allah
" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."

Surah Al-Baqarah : 237

Wallahu'alam

Tuesday, December 28, 2010

...CINTA ITU IBADAH...

           
Kami mengisytiharkan perang kepada cinta
Cinta palsu yang direka manusia
Memurahkan makna cinta yang sebenarnya
Cinta palsu ini kami ingin menghapuskannya
Biar cinta yang mahal, berpaut
Pada RABB itu, kekal atas dunia
Agar manusia kembali bercinta
Bercinta dengan sebenar-benarnya 


                                               
 Pada saya cinta itu tidak haram, cinta adalah FITRAH INSAN. Tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pengendalian insan terhadap cintanya. Bukan masalah cinta sebenarnya. Tetapi masalah bagaimana kita bercinta...
                         
 "Tetapi orang BERIMAN, cintanya dibina untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT..Dia bukan mencari redha Allah SWT untuk bercinta...harus diingat itu..."


Koreksi diri : Saya pernah bercinta..namun, saya telah mentransformasikan cinta saya kepada yg lebih Agung..cukuplah seketika ini, di usia muda, saya mahu kejar cinta  Allah, Rasulullah dan ibu bapa...sikit masa lagi, mujahid saya akan datang kepada saya...biarlah 'Dia' sendiri yg menjemput saya dan saya akan setia menjadi sayap kiri kepada perjuangan 'Dia'  kelak agar cinta yg dibina semata-mata utk mencapai redha Allah..aminnn..

Baitul Muslim impianku..=)
                                            
 pesanan utk mujahidku : persiapkanlah dirimu utk memimpin diriku, kerana aku juga sedang mempersiapkan diriku agar aku dan dirimu tegar menjalani bahtera kehidupan menuju Sang Khaliq kita..insyaALLAH..aku sentiasa menantimu...
          

Ukhuwwah Itu Manis Bila...

               ....... Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.    (surah al-Anfal : 62-63)

          Ukhuwwah adalah anugerah Allah yang dikurniakan kpd mereka yg ikhlas di kalangan hambaNya, para penolongNya, pengikut dan kelompoknya yg berjiwa bersih.

          Tiada ukhuwwah tanpa IMAN, dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak ada persahabatan tanpa TAQWA, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara (surah al-Hujurat : 10)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) (surah al-Zukhruf : 67)

Rasulullah s.a.w bersabda : Kita tidak akan merasai kemanisan iman tanpa merasai ukhuwwah. Imam Bukhari dan Muslim pernah meriwayatkan, sabda Rasulullah s.a.w : Ada 3 jenis manusia yg merasai kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka.

Imam Al-Banna telah menjelaskan tahap-tahap ukhuwwah iaitu " serendah-rendah ukhuwwah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah ithar (melebihi sahabat dari diri sendiri)



                                             


Koreksi Diri : setelah diamati bait-bait di atas, sejauh mana kita benar-benar memahami ukhuwwah fillah yg sering kita laungkan bersama sahabat sahabiah kita..jom kita sama-sama amalkan apa yang disarankan oleh Imam Al-Banna utk mencapai tingkatan yg paling tinngi sesuai dengan al-Quran dan sunnah..

                  Sahabat adalah orang yang paling hampir dengan kita,sama-sama mengharungi pahit getir dalam kehidupan kita...indahnya ukhuwwah itu jika disulamkan dan dipacakkan dengan keimanan dan akidah yg jitu semata-mata mencapai redha Allah..tingkatan yg paling tinggi itu kita mampu capai apabila sahabat kita juga memahami erti persahabatan tanpa mengharapkan balasan..

Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang 
Jangan mengharapkan balasan dr orang, berlapang dadalah bersama sahabat.....
Hidup kita adalah untuk memberi.......

                       
           ~terima kasih untuk yang bergelar sahabat saya..ukhuwwah  fillah...~

Sunday, December 26, 2010

Bisikan ini untuk DIA

Perjalanan yang panjang telah aku lalui
Sarat dengan tarbiyah dan diri ini turut serta untuk mentarbiyah
Melihat gelagat hamba Allah di sekitarku
Aku merasa takut andai aku tersungkur jua
Inilah rasaku saat melihat mereka
Bercampur baur menguasai hatiku
Aku masih teguh dengan pendirianku
Kita adalah apa yang kita lihat

Jika yang dipandang adalah negatif
Maka aku melihat sudut positif
Iman juga yg membezakan pandangan kita
Kita bukanlah penghukum dan tidak layak untuk itu
Hanya sepotong doa aku kirimkan buat mereka
Mungkin juga kerana penampilanku
Mereka mendekatiku dan mohon simpati
Cukuplah husnu zhon mengirimu
Moga doa kalian diangkat oleh Allah
Agar hamba yg kerdil ini sentiasa thabat di jalan ini

Cukuplah empat hari aku dikurungkan di tempat yg terlalu asing bg diriku
Hati dan iman menangis, doa sentiasa aku panjatkan
Mohon dilindungi dari segala fitnah dan terpedaya dgn bisikannya
Akhirnya air mata tidak dapat dibendung lagi
Gugur satu persatu menjadi tanda pengharapan pada Allah
Telah aku tetapkan agar air mataku ini sebagai penghapus dosa
Bukan lagi air mata seorang hamba yg lemah
Tetapi air mata pengharapan dan penebus dosa di hening malam

Tempat yg asing,terlalu sukar untuk menegakkan kebenaran
Kerna du'at yg diharapkan gugur juga
Terpedaya dgn permainan dan keseronokan
Terpedaya dgn bisikan wanita dan syaitan
Aku menghantar secoret kata-kata pd mereka
Agar menjadi panduan,selebihnya aku pulangkan pd Allah
Kerna Dia jugalah yang berkuasa utk membolak-balikkan hati hambaNYa
Sungguh!!hati sekarang mendambakan balutan kasih sayangMu
Puas aku mencariMU disana agar aku damai bersamaMU
Memujuk hati agar tegar dgn mehnah ini
Aku belajar dan yakin bahwa ini adalah secebis dariMU
Untuk melatih diriku menjadi seorang srikandi islami
Melebarkan sayapku di jalan juang

Terima kasih ya Allah,benar!!
Engkau tidak pernah sesekali meninggalkan daku
Tiap saat aku berharap di bawah pemerhatianMU
Agar langkahku tidak kaku dan tersungkur
Syukur ku panjatkan kerna KAU telah permudahkan segalanya
KAU telah memilih diriku untuk memiliki apa yang aku perlukan
Cukuplah KAU sebagai pengharapanku
Bukan lagi manusia yng bisa mengecewakan
Syukur ya RABBI..............






~bisikan ini setelah ditarbiyah dari DIA.....

Saturday, December 18, 2010

:.SAYA NAK BAGI WASIAT:.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Di sini saya nak kongsikan 1 wasiat penting!!bunyiknye mcm saya ni bnyk harta utk dikongsikan...tetapi harta ini sangatlah penting untuk bekalan di dunia dan menjadi santapan di akhirat sebagai rewardnya..rewardnya sudah tentulah 'PAHALA' insyaALLAH...sama-sama kita hayati dan beramal dgn wasiat ini..

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Tu la wasiat yang saya nak bagi pada sahabat sahabiah..bukan berupa tanah berekar-ekar,emas,wang menggunung dalam akaun bank,rumah banglow atau kondo mewah.cukuplah amalan yang sedikit menjadi bekalan ke sana..insyaALLAH bekalan yang sedikit itu mampu mengenyangkan kita..
wallahu 'alam

Friday, December 17, 2010

Ceritera seorang muslimah 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah seinfiniti syukur pada Allah kerana masih bertemu pada penghulu segala hari yakni hari di mana yg dijanjikan Allah bahwa doa dimakbulkan pd hari Jumaat dan ketahuilah hari tersebut juga merupakan hari dimana kiamat akan berlaku....insyaallah...


hm..nk kongsi sikit tentang muslimah bertudung labuh...crite ini adalah crite benar,de sorg muslimah yg saya sgt2 mengenali dirinya, dia mula memakai tudung labuh sejak masuk ke alam kampus...sebelom d kampus,
dia belajar di matrik, alhamdulillah di matrik dia bertemu sesuatu yg sgt2 dia dambakan...iaitu 'BIAH SOLEHAH'..dia juge peroleh usrahnya sndri, dy bersangka baik pd Allah, bahwa niatnya murni pasti Allah akn permudahkan urusannya...maka muslimah ini sgt meyakini prinsip tersebut apabila keyakinannya itu berbuah...alhamdulillah, dia istiqomah dgn usrahnya...smpi xsabar2 menguasai dirinya bila usrah akn diadakan...kerna dia tahu, disitulah medium utk dia peroleh ilmu agama dgn lebih mudah dan santai...

Seterusnya, Allah mudahkan lagi niatnya yg baik itu apabila dia sentiasa menunaikan solat jemaah di surau.
Walaupun tidak dapat memenuhi lima waktu di surau tetapi baginya cukuplah dia berusaha ke arah itu.Di sanalah,dia mencari sahabat2 yang solehah seperti yang dia dambakan juga... alhamdulillah, dia bertemu dan berukhwah dgn muslimat2 surau...kate pelajar yg laen, macam geng surau la..hehehe


 Di matrix, dia memberanikan diri utk memakai tudung labuh bersaiz '50 sahaja seperti yg dia pernah pakai semasa di sekolah menengah selepas meletakkan jawatn di sekolah. Alhamdulillah, Allah masih pelihara dia, dia trus istiqomah dgn memilih pakaian muslimah sebgi identitinye yg terbaru.Dia berasa begitu selesa dgn perubahan pd dirinya..dia sgt seronok dan kemanisan iman itu dia dapat rasekan apabila suasana di sekelilingnya telah berubah seperti yg dia inginkan.

Dia kini peroleh sahabat2 yg sedia membimbingnya ke arah menggapai redha Allah..dia telah merubah prinsip dalam hidupnya..nk dipendekkan crite segala-galanya telah di transformasikan dalam segenap aspek sama ada dr segi ikhtilat,pemakaina,ibadah khusus dll...apabila telah melangkah ke alam kampus, dia membuat satu lagi perubahan pd dirinya..dia telah memilih utk memakai tudung labuh sepenuhnya..alhamdulillah dia terasa sgt yakin bahawa bisikan itu menyapa dirinya dari Allah..

Dia berusaha sendiri.dia membeli kain utk membuat tudung labuh,dia juga menggunting dan menjahit tudung tersebut..tudung pertama yg dia buat sendiri adalah tudung berwarna hitam...huhuh..sgt comot sb x kemas..
dan di berusaha lagi,dia dah bli tudung warna lain utk buat koleksi tudung labuhnya..alhamdulillah, x crita lagi mcm mana penerimaan org disekeliling apath lagi dgn keluarganay..sejak daripada itu,dia makin terasa betapa manisnya bertudung labuh, mengikut tuntutan syariat, lantas dia istiqomah dgnnya...

insyaALLAH akn bersambung lagi...wallahu 'alam

Wednesday, December 15, 2010

Riwayat Sohih Hari Asyura









Assalamualaikum... Sahabat-Sahabat U-jam..

Sepuluh Muharram dalam bahasa Arab, disebut Asyura. Orang Melayu Kelantan menyebutnya Sura , Orang Pattani menyebut Sura juga , bukan sesuatu yang ganjil kerana Kelantan dan Pattani adalah satu rumpun.

Bagi Orang Melayu Key Ell atau yang masih ada sanak saudara terutama di Semenanjung , ate katenye kene masak bubor syura' teman..Kak yong ..ate mane bubornye???!.Bagi pelajar universiti di Terengganu contohnya di Kudqi walaupun disebut Kolej , sibuk menghantar sms kepada rakan-rakan mengingatkan untuk berpuasa esok hari dan sudah disenaraikan menu untuk berbuka bersama-sama esok.

Bagi orang melayu yang bekerja di Pub ataupun Disko...Esok adalah hari-hari mau!

Bagi mereka yang baru lahir....mana satu yang betul ataupun penulis ni tak betul?

Jika Hari Asyura dimasukkan ke dalam soalan UPSR (Akan dimansuhkan tak lama lagi)

Mungkin Soalan dan Jawapannya berbentuk Objektif

Soalan : Apakah yang sering diucapkan oleh orang melayu dan orang islam pada malam 10 Muharam?

A) Ate Kak Yong mane bubornye???
B) Argh...Hari-hari mau
C) Kita puasa nak Esok?
D) Semua Diatas , Dibawah Dan Ditepi

Kesimpulannya mukaddimah di atas bukanlah Riwayat Sohih kerana tidak disokong oleh hadith-hadith ataupun kitab2 rujukan ulama' muktamar...cuma mukaddimah di atas bolehlah dikatakan "Refreshment Before Brainstorming"

Kita Berbalik kepada 10 Muharram ...Dalam Tahun-tahun Hijrah Takdir , Qada dan Qadar Allah Menentukan bahawa banyak peristiwa penting yang berlaku pada Tarikh ini...Diantaranya
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
Dan Catatan Peristiwa ini diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura
Dan jika pembaca mengesyaki sesuatu ataupun mempunyai ilmu yang jitu..maka boleh sunting di wikipedia disini - http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Asyura&action=edit&section=2

Walau apa pun peristiwa yang masih menjadi perbahasan ilmiah diantara ilmuan, ulama dan golongan pemikir

HANYA ADA SATU PERISTIWA PENTING IAITU : BERPUASA PADA 10 MUHARRAM


Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari Asyura. Hari Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.
Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Aisyah rha. telah berkata: “Pada hari Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam di Madinah baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya” (HR Bukhari & Muslim)
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Ibnu Abbas ra. pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura’, dia menjawab: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehari untuk mencari keutamaan hari itu atas hari-hari yang lain selain pada hari ini. Begitu pula (saya tidak pernah melihat beliau) berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, bulan Ramadan. (HR Muslim)
Asal-usul Puasa Hari Asyura (10 Muharram) dan Galakannya
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Shahih Muslim No.1910)
  • Hadis riwayat Abu Musa ra., dia berkata: “Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan orang-orang Yahudi dan dijadikannya sebagai hari raya. Kemudian Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berpuasalah kalian pada hari Asyura’ tersebut.” (Shahih Muslim No.1912)
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.” Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.” (HR Muslim)
Tidak terdapat amalan-amalan tambahan yang disyariatkan ISLAM pada Hari Asyura ini. Yang disyariatkan oleh ISLAM berdasarkan sumber yang sahih hanyalah berpuasa pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun...SATU peristiwa yang ingin dikongsi bersama pembaca-pembaca u-jam ialah peristiwa 10 Muharram di zaman Firaun

King-TutHari ini 10 Muharram. Hari Asyura. Hari di mana Allah SWT menyelamatkan Bani Israel daripada Fir’aun dan menenggelamkannya bersama tenteranya dalam satu peristiwa dalam Exodus Bani Israel. Melihatkan kezaliman dan kekejaman Fir’aun, akhirnya riwayat dan empayarnya ditamatkan dengan begitu hina sekali.
Proses menuju azab kehancuran dahsyat Firaun ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mempunyai build-up, hype-up ke arah kemuncak kehancuran totalnya melalui Kehebatan Allah SWT yang mampu melakukan apa saja.
Sebelum itu, kita imbas kisah Musa-Firaun sebagaimana diringkaskan dalam Surah An-Naziat.
اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى * فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى * فَكَذَّبَ وَعَصَى * ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى * فَحَشَرَ فَنَادَى * فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى * فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى * إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى
“(Allah berfirman kepada Musa):”Pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,” “dan katakanlah (kepada Firaun): “Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)” “Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?” Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar. Tetapi Firaun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: “Akulah tuhanmu yang paling tinggi”. Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya).” [79:17-26]
Struggle ini bermula selepas penolakan Firaun terhadap dakwah. Ia berlanjutan lagi apabila Firaun mempersenda dan mencabar dakwah, memanggil konco-konconya dari kalangan ahli sihir, Haman & tentera-tenteranya untuk memfitnah dan menyekat dakwah.
“Firaun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada di sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang ahli sihir yang pandai,” [26:34] “Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu; (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta”.” [40:36]
Alangkah buruknya perangai dan cercaan Firaun. Dan Fir’aun pula mencapai ranking taghut No. 1 dalam sejarah apabila mengaku dirinya kuasa paling mutlak di bumi. “Akulah tuhanmu yang paling tinggi” [79:24]. Seolah-olah dia menyeru: “Ya, aku berhak melakukan apa saja; Mendapat semua yang aku mahu. Semua yang tak selari dengan kehendakku dan melawan kehendakku perlu ditentang & dihapuskan”.
Agak menghairankan bagaimana kaum Firaun boleh tunduk dan patuh secara rela kepada Firaun yang zalim ini, bahkan seolah-olah gembira dan memberi sokongan padu terhadap ketuanannya, yang jelas satu pendustaan. Sebenarnya, Allah telah pun mendedahkan strategi Firaun dalam memanipulasi kaumnya. “Maka Firaun mempengaruhi kaumnya lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.” [43:54]. Ya, mereka difasikkan, dirosakkan dengan maksiat, disogok dengan kepentingan dan habuan, maka ketika itu mampulah Firaun menjadikan mereka kuda tunggangan dan mereka terus menurut dan setia, kerana sudah sebati dengan kefasikan. “(Musa mengadu:) ...sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau… ” [10:88]
Dengan pendustaan dan pelampauan batas oleh Firaun dan konco-konconya yang jelas dan sepakat untuk menentang dakwah, maka Allah memulakan proses kehancuran mereka.
Namun, sebelum itu Allah selamatkan orang-orang yang ingin diselamatkanNya dari kalangan tukang-tukang sihir, tukang sisir, dan isteri Fir’aun. Beruntungnya mereka, tepatlah pilihan mereka yang menerima iman sebagai jalan. Kesudahan mereka kesudahan yang mulia.
“Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: “Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa” [20:70]. Boleh rujuk 20:70-73, kisah cantik berimannya tukang sihir Firaun, dan mendalamnya iman mereka kepada Allah.
pyramidAzab bermula. Musa menyeru kepada Firaun agar membebaskan Bani Israel, kaum yang telah diperhambakan Firaun berkurun-kurun sebagai tulang belakang untuk membina istana-istana dan piramid-piramidnya. Dakwah Nabi Musa telah menyebabkan Bani Israel bangkit, yakin dan menuntut pembebasan. Habislah projek-projek Firaun. Dengan tulang siapa lagi ingin disiapkan projek-projeknya? Ke belakang siapa ingin disebat cemetinya? Dakwah Musa sungguh mengganggu perjalanan Empayar Firaun yang telah lama bertapak kukuh.
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَونَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّن الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” [7:130]
Kerana keingkaran Firaun dan kaumnya, Allah menarik nikmat sumber asasi kaum Firaun, yakni air, melalui kemaraunya yang berpanjangan, lantas mengurangkan sumber zat & vitamin mereka, buah-buahan, yang memelihara kesihatan dan kekuatan fizikal mereka selama ini. Krisis bermula; dari segi ekonomi dan kemanusiaan. Sungai Nil menyurut dan Mesir mengering. Hilang sumber air. Bagaimana dengan produk-produk pertanian? Tentunya terjejas teruk. (Kalau di Malaysia, krisis air merupakan satu isu yang sering dibesar-besarkan, kerana impaknya yang begitu sengsara apabila terjadi.) Malah, ditambah pula, dengan berkurangnya makanan, kebuluran pula tersebar dikalangan rakyat. Inilah azab Allah terhadap kaum yang engkar.
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلاَتٍ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ
“Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.”[7:133]
Tidak habis dengan itu, disebabkan kekufuran mereka yang berterusan, Allah hantarkan pula taufannya yang dahsyat yang tentunya meng-inflict kehancuran material dan infrastuktur. Kita pada zaman ini juga boleh saja menyaksikan akibat serta damage terhadap kawasan yang dilanda ribut taufan. Sungguh dahsyat.
Seterusnya, muncul pula bala yang sangat tidak diingini mana-mana bangsa. Datanglah belalang, kutu dan katak yang memusnahkan segala agriculture yakni sumber ekonomi utama negara. Serta-merta melemahkan ekonomi & mencacatkan trading dalam dan ke luar negara. Bagimana negara mahu mengharungi kegawatan ini? Bagimana dengan kareer-kareer rakyatnya dan aktiviti ekonomi firma-firma yang telah disetup kerajaan? Bagaimana dengan kutipan cukai? Mesir dilanda krisis ekonomi paling dahsyat dalam sejarah negaranya. Hancur sudah kekuatan ekonomi serta reputasi negara yang selama ini stabil dan menggerunkan sepanjang beberapa dinasti. Kini, ke mana lagi kerajaan Firaun boleh bergantung?
Tambah teruk lagi, kutu dan katak bahkan membawa penyakit-penyakit yang annoying serta menjijikkan. Kutu merupakan ektoparasit yang bertindak sebagai agen penyebar penyakit dikalangan manusia (human disease agent). Malang sekali kepada perumah kutu kerana ia akan membawa kesengsaraan, gatal, malah bertelur pada perumahnya dan akan terus membiak dan merebak. Wabak kutu memang sesuatu yang sengsara. Tambah mengerikan, Mesir dicemari dengan katak-katak yang menggelikan yang berkeliaran di serata negeri. Katak-katak pula terkenal dengan membawa fungus dan penyakit, yang apabila yang bertebaran dengan banyaknya, ditambah dengan pembiakan yang tidak terkawal, ia menjadi disaster kepada masyarakat pengikut Firaun.
egypt-plague Pencemaran pula berleluasa. Allah menukarkan air dari sungai dan telaga-telaga menjadi darah kemerahan. Tentunya ia tidak mampu dimanfaatkan untuk kerja-kerja pertanian, kebersihan diri dan masyarakat (mandi, basuh baju, sewage), dan bagaimana rakyat Mesir ingin melepaskan dahaga, sesudah ditimpa bermacam-macam bencana. Bagaimana dengan baunya, warnanya, likatnya.. Allahu’a'lam.
Semuanya hancur. Apa lagi yang dimiliki Firaun dan kerajaannya? Sosio-politiknya berubah, buruh-buruhnya sudah resign, projek-projek pembangunan terbengkalai, Nil sudah kering, kebuluran berleluasa, kerosakan material dan infrastruktur, ekonomi dilumpuhkan, epidemik merebak, pencemaran sumber kehidupan. Collapse sudah negara tersebut.
Maka mengalahlah mereka: “Dan ketika mereka ditimpa azab (yang telah diterangkan itu) mereka pun berkata: “Hai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui Allah ada pada sisimu. Sesungguhnya jika kamu dapat menghilangkan azab itu daripada kami, pasti kami akan beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israel pergi bersamamu”" [7:134]
“Maka setelah kami hilangkan azab itu dari mereka hingga batas waktu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mengingkarinya.” [7:135]
Namun, mereka tetap kufur. Bahkan, kemarahan mereka terhadap dakwah telah membuak-buak dan memuncak, walapun sudah jelas bukti-bukti kebenarannya. Lalu mendorong golongan pelampau batas ini untuk menjalankan ultimate execution mereka untuk menghancurkan Bani Israel yang beriman. Kerana pelampauan batas maximum ini, berlakukah ultimate execution dari Allah pula di dunia ini.
moses-red-sea“Kemudian Kami menghukum mereka, maka Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu.” [7:136]
Dan taubat Firaun ketika nyawanya dihujung halqum pastinya tidak berguna lagi, terutama selepas kezalimannya yang terdahsyat dalam sejarah manusia.
حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لا إِلِـهَ إِلاَّ الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ * آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
“..hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim)”. Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.” [10:90-91]

“..Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangunkan mereka.” [7:137]
firaun
Maka lenyaplah kerajaan Firaun yang zalim lagi melampaui batas ini sepanjang zaman. Ia tidak mengambil pengajaran dari mu’jizat-mu’jizat yang disaksikan dan dirasainya sendiri. Ia tidak mengambil pengajaran dari kekuasaan Allah yang bahkan dipamerkan secara eksklusif kepada mereka; istimewa, yang hanya diberitakan secara kalam kepada generasi-generasi berikutnya. Malang sekali Firaun dan pengikut-pengikutnya yang tetap kafir dan zalim.
Hari Asyura sungguh layak diraikan dan disyukuri. Hari Asyura menjadi hari kemenangan umat Musa ke atas Firaun yang dihancurkan dengan sistematik. Ia merupakan peristiwa besar yang menjadi simbol kepada harapan, kesabaran dan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi Taghut yang kufur dan keterlaluan. Padanya, ada mukjizat yang memenangkan agama Allah dan orang-orang beriman serta menghancurkan sistem Jahiliyyah yang zalim dan tak berperi-kemanusiaan.
Ya, inilah sunnah yang menimpa golongan-golongan taghut dan zalim sepanjang zaman, dari mana-mana generasi, dari mana-mana bangsa. Siapakah agaknya “Fir’aun” pada hari ini? Yang sombong, angkuh, dan perasan ia berkuasa mutlak. Menidakkan dakwah Islam dan berusaha keras untuk melenyapkannya. Bersiap-sedialah “Fir’aun”, kerana tanda-tanda kejatuhan anda semakin jelas.
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya).” [79:26]

Oleh yang demikian berikut adalah Koleksi Hadith Sohih berkaitan Berpuasa pada 10 Muharram.

Sumber: Sohih Muslim
  1. Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
    Kaum Quraisy di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah s.a.w juga berpuasa pada hari itu. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda tetap berpuasa dan memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari itu. Setelah difardukan puasa bulan Ramadan, baginda bersabda: Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari itu berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan meninggalnya.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1897
  2. Hadis Abdullah bin Umar r.a:
    Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1901
  3. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
    Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Yazid r.a katanya: Al-Asy'as bin Qais datang menemui Abdullah ketika beliau sedang makan. Abdullah berkata: Wahai Abu Muhammad marilah kita makan bersama. Dia menjawab: Bukankah hari ini adalah hari Asyura? Beliau kemudian bertanya: Kamu tahu apakah hari Asyura itu? Dia menjawab: Apakah ia? Beliau menjelaskan: Ianya merupakan hari di mana Rasulullah s.a.w berpuasa sebelum puasa bulan Ramadan diwajibkan. Setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan, ia ditinggalkan.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1905
  4. Hadis Muawiah bin Abu Sufian r.a:
    Diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman katanya: Dia pernah mendengar Muawiah bin Abu Sufian r.a menyampaikan khutbah di Madinah pada hari Asyura ketika beliau berkunjung ke kota tersebut, katanya: Di manakah ulama-ulama kamu wahai sekalian penduduk Madinah? Ketahuilah aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda mengenai hari ini, iaitu hari Asyura: Pada hari Asyura ini Allah tidak mewajibkan berpuasa kepada kamu. Tetapi aku sendiri berpuasa pada hari ini. Sesiapa di antara kamu yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa ingin berbuka, berbukalah.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1909
  5. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
    Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami pada-Nya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1910
  6. Hadis Abu Musa r.a katanya:
    Hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan menjadikannya sebagai Hari Raya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah kamu pada hari Asyura tersebut.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1912
  7. Hadis Ibnu Abbas r.a:
    Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini. Aku juga tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, iaitu bulan Ramadan.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1914
Oleh yang demikian maka artikel ini diberikan tajuk "Riwayat Sohih Hari Asyura" kerana sesuatu yang penting ialah rujukan dari Hadith Sahih Muslim
Mudah-mudahan ingatan ringkas ini memberikan manfaat buat kita semua, amin.
WAllahu Ta’ala A’lam.

sumber : www.u-jam.blogspot.com

Tuesday, December 14, 2010

PENGUAT SEMANGAT




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Di kesempatan ini,ingin saya kongsikan beberapa peringatan dari kalam Allah tentang perjuangan dalam menegakkan kalimah Allah setelah beberapa hari saya tgglkan blog saya dr diisi dgn info2 atas faktor kesihatan..

Alhamdulillah setelah 3 hari berperang dengan sistem immun badan,baru semalam berkesempatan utk ke klinik, alhamdulillah tekak nmpknya kelihatan sgt merah..huhuhhu...kata doktor la..hehehe..alhamdulillah dgn izin Allah juge setelah memakan ubt mlm td, sudah beransur pulih...terasa bgtu kerdil di sisi Allah bila ditimpa musibah yakni kesakitan...sepanjang kesakitan ini, hanya kematian sentiasa di benak fikiran...selama itu jugelah sy mengingati Allah...aktiviti harian jd terganggu, dh lame tgglkan risalah ta'alim...huhuh...insyaALLAH selepas ini akan teruskan tuk habiskan....




Bukan kesakitan yg menjadi tajuk utama pd entry kali ini, kesakitan sy itu biarlah menjadi bukti d padang masyar kelak pabila sy menghadap padaNYA...

Ada beberapa potong ayat ingin saya highlightkan dr kalam Allah tntg perjuangan dari surah Muhammad...

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.   (47:7)


Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.  (47:31)


(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.  (47:35)


Pabila kalian berasa lemah dalam jalan yg telah kalian pilih, sama-samalh kita merenungi kalimah-kalimah Allah ini agar semangat yg kian pudar itu kembali subur demi satu matlamat...janganlah kita futurr dr jalan ini kerna kita telah berikrar pada Allah...natijah itu milik Allah,usaha sahaja yg kite layak lakukan...


wallahu 'alam

Sunday, December 12, 2010

wasiat Imam Ghazali kepada anak muridnya



1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling BESAR di dunia ?
4. Apa yang paling BERAT di dunia ?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia ?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia ?


Jawabannya:
————————————————————————————–

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al
Ghozali bertanya….

Pertama,
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya”.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu BENAR.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI.
Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan
mati (Q.S. Ali Imran 185)

Kedua,
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”.
Murid -muridnya menjawab : “negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang”.
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan itu
adalah BENAR. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan cara apa sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga,
“Apa yang paling besar di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab : “gunung, bumi dan matahari”.
Semua jawaban itu BENAR kata Imam Ghozali.
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Q.S. Al-A’Raf 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Keempat,
“Apa yang paling berat di dunia ini?”.
Ada yang menjawab : “besi dan gajah”.
Semua jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Q.S. Al-Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Kelima,
“Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Ada yang menjawab : “kapas, angin, debu dan daun-daunan”.
Semua itu BENAR kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT.
Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan sholat; gara-gara bermesyuarat, kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan Keenam adalah,
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak : “pedang”.
BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA.
Karena melalui lidah, ,manusia selalu menyakiti hati dan melukai perasaan
saudaranya sendiri.

sumber : www.ibnuyunus.blogspot.com

KEPERLUAN SEORANG DA'IE

1. Memahami agama ALLAH

2. Qudwah hasanah

3. Sabar

4. Lemah - lembut dan belas kasihan


5. Memudahkan bukan menyusahkan


6. Tawadhuk


7. Manis muka dan tutur kata


8. Pemurah dan menafkahkan harta pada orang ramai


9. Memberi khidmat kepada orang laen dan menyempurnakan keperluan mereka
 

Saturday, November 20, 2010

Harapan padaMu subur kembali....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Salam dan selawat diutuskan pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahlulbait baginda,sekalian para sahabat baginda...
Sepotong doa buat para mujahid dan mujahidah yang bertebaran di muka bumi Allah ini untuk terus membawa syiar Islam...

                                                              

Ya Allah....terasa hiba di hati hambaMu tika ini...rasa hendak menitiskan air mata tetapi tiada daya untuk menzahirkannya...
Rasa rindu bertamu di hati...rindu untuk berada dalam pelukan kasih sayang Allah dan hati ini juga rindukan Rasulullah s.a.w.....
Mungkin kerna iman senipis kulit bawang,aku tidak mampu menzahirkannya...
Pasti Rasulullah s.a.w sedih melihat seorang umatnya yang terlalu kerdil ini begitu lemah...
Apatah lagi dipandangan Allah...bagaimanlah kedudukan aku disisiNya....

Syukur ku panjatkan kerna Allah telah memilih aku dan sahabat-sahabat yang lain utk menjejakkan kaki ke De' Congkak pada hari Isnin ini..insyaALLAH...
Aku mengaharapkan agar disana menjadi wadah utk aku mencari dan mentarbiyah diri utk menjadi hamba yg lebih bertaqarub kepadaMu Ya Allah...
Syukur jua ku panjatkan kerna Allah masih memberi 'perasaan' ini agar aku terus dan selamanya sedar bahawa aku adalah hambaNya dan khalifah yg diciptakan utk menjalankan tanggungjawabku yakni utk berjihad di jalan ini...
Agar aku sedar, aku tiada masa utk bersenang-lenang,tiada masa utk menopang dagu,tiada masa utk berhibur tetapi masa yg singkat ini adalah thabat di jalan yg sebenarnya,,,
Walau jalan ini sukar, aku memohon padaMu Ya Allah agar Kau sentiasa hadir dan mengiringi kehidupanku...





Berilah aku kemudahan dalam urusan agamaku...
Ya Allah,bantulah aku mengingatiMu, bantulah aku utk sentiasa mensyukuri nikmatMu...
Ya Allah bantulah jua hambaMu ini utk memperbaiki ibadah kepadaMu...
Kau hadirkanlah rasa cinta dan rinduku hanya utk beribadah dan bertemu denganMu dalam setiap sujudku...
Hadirkanlah jua rasa cinta dan rinduku hanya utk bertemu dengan kekasihMu Ya Allah di syurga kelak...
Kau berikanlah kekuatan padaku agar aku jua mampu utk beramal dgn sunnah Rasulullah agar baginda tidak sedih dgn keadaan umatnya pada hari ini...

                                             

Kau ampunkanlah umat Nabi Muhammad agar umatnya ini dapat masuk ke syurga bersama dengan baginda...
Kau berikanlah perlindungan,keselamatan dan kesejahteraan buat saudara-saudara Muslimku di bumi Palestin....
Kau lemahkanlah musuh-musuh agamaMu...
Kau gentarkanlah hati mereka dengan segentar-gentarnya...
Kau longlaikanlah pergerakan mereka...
Kau hancurkanlah mereka...
kerna Kau jualah yang berkuasa atas setiap segala sesuatu...tiada daya hambaMu ini Ya Allah...

Ya Allah..ampunkanlah hambaMu ini kerna terlalu banyak meminta sedangkan hati ini masih lalai dalam mentaati perintahMu...tetapi aku yakin padaMu Ya Allah, Engkau akan memperkenankan doa hambaMu ini...aku yakin jua dengan segala pemberianMu kerna Engkau memberi apa yg hambaMu perlukan...
Aku menyerahkan tali pergantungan kehidupanku sepenuhnya padaMu Ya Allah...
Aku mohon jua agar perasaanku ini selamanya subur agar aku sedar kewujudanku di bumi ini Ya Allah....


        
                                         
                                                 ~  Amin Ya Rabbal 'Alamin  ~
                                               
                                             hati merintih Allah saja yang setia mendengar

Friday, November 19, 2010

Kubu Pertahanan Dari Godaan Syaitan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Salah seorang dari para salihin dengan katanya: "ku renung dan ku fikir,dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia,tiba-tiba aku dapati syaitan memasuki dari sepuluh pintu...":

1. Tamak dan jahat sangka lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar

2. cintakan hidup dan panjangkan angan2 lantas aku menghadapinya dgn rasa takut terhadap kdtgan maut dgn tiba2

3. cintakan kerehatan dan nikmat,lantas aku menghadapinya dgn meyakini bhwa nikmat itu akn hilang dan meyakini balasan buruk

4. kagum pada diri sendiri (ujub), lantas aku menghadapi dgn mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan

5. pandang rendah terhadap org lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dgn cara aku mengetahui hak2 dan kehormatan mereka

6. hasad,lantas aku menghadapinya dgn sifat qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kpd makhluknya

7. riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dgn sifat ikhlas

8. bakhil, lantas aku menghadapinya dgn meyakini bhwa apa yg ada di tgn makhluk itu akn binasa sedg apa yg ada di sisi Allah itu akan kekal

9. takabbur, lantas aku menghadapinya dgn sifat tawadhuk

10. tamak,lantas aku menghadapinya dgn yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yg ada pada manusia
 

Thursday, November 18, 2010

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harokah

::...hati berbisik...::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Seinfiniti syukur dipanjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat dan pemberianNya yang mana Allah sendri telah berfirman bahawa hari ini terlalu sedikit hambaNya bersyukur...semoga kite termasuk dalam golongan sedikit itu...
Selawat dan salam buat Rasulullah saw,keluarga Baginda,serta para sahabat...
sekalong doa buat para mujahid yg bertebaran di atas muka bumi utk menegakkan syiar Islam sehinnga kiamat..

Hari ini sehari suntuk,dr pagi ke petang sy berada di masjid UPM utk mendirikan solat sunat eidul adha dan bersama-sama dgn kariah Serdang utk bergotong-royong memasak daging korban..alhamdulillah walaupun xdpt pulg ke rumah,tetapi rase dekat bile bergaul dgn sesama saudaraMuslim..indahnya kurnia Allah...

 Hari ini juga terlalu banyak perkara yg menyesakkan saya di benak fikiran...sahabt2 seperjuangan rmi yg pulag ke rumah,terasa sunyi pula bila mereka tiada disisi...inilah nikmat tautan hati kerna Allah...terasa bile berjauhan,rindu bertamu...cptlah pulang sahabat-sahabatku!!!




Hari sabtu pula exam fizik akan menyusul..masih berusaha utk benar-benar memahami walaupun mmg sukar hakikatnya..mane tidaknya dah lame sgt tgglkan subjek fizik,tibe2 kene stady semula..huhu..tidak apa-apa,susah itu tarbiyah dr Allah...semoga pengorbanan yg dilakukan sampi x pulang berhari raya mendapat imbalan yg berbaloi..insyaAllah A dalam tangan...

Sedang syok-syok stady fizik,terfikir pula tentang tarbiyah Islamiyyah...saya masih membina diri dan menegakkan Islam di dalam diri utk dibawa bersama...terasa dihati bahawa ada  mad'u-mad'u yg sedang menanti saya utk dipimpin bersama-sama...walaupun ilmu di dada masih nipis, ttpi tidak mematahkan semangat dan iltizam utk menyambung rantai perjuangan Rasulullah saw.. bersyukur jua kerana dipertemukan dgn sahabat-sahabat yg masih thabat di jalan dakwah..merekalah yg bnyk memberi tunjuk ajar utk sama-sama mengajak orang lain mengenal Islam...


Saya juga mesti berusaha sehabis mungkin utk menegakkan daulah Islamiyyah..ayuh sahabat-sahabat!!saya juga menyeru kalian utk turut serta dalam perjuangan ini...walaupun ianya pahit,penuh cabaran,mehnah,cacian dan halangan namun itulah yg dikatekan PERJUANGAN!!jika hendak menunggu ilmu di dada setebal kulit buah labu,jawapannya sehingga matilah kita tidak akn berganjak...tugas dakwah ini bukan hanya dipikul pada bahu seorang imam,bilal,ustaz dan ustazah sahaja..tetapi fahamilah bahawa sesiapa yang menyebut kalimah tauhid,maka menjadi tggungjawab kita semua utk menegakkannya...




Jangan hanya sekadar Islam di dalam kad pengenalan,walhal kita tidak berusaha utk menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam secara keseluruhan...Allah juga telah menyeru agar kita beramal dgn Islam secara keseluruhan,tidak boleh beramal dgn separuh-separuh sesuka hati..bukannya bila hendak berpoligami mengikut sunnah, tetapi solat 5 waktu masih terabai..nauzubillah min zalik..

Ayuh kita kenal agama kita,kenal Khaliq kita,Rasul kita dan beramallah...janganlah kita terlalu leka dengan hasutan dan permainan dunia..suka saya ingtkan bahawa kehidupan kita di dunia ini ibarat sedang belayar,,kitalah yg menjadi nakhoda utk memandu kapal, kita sahajalah yg mengetahui destinasi yg dituju..destinasi tersebut ialah AKHIRAT...

Sabda Rasulullah saw : Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir

Oleh itu,saya mengingatkan diri saya dan kalian agar bijaklah menjadi nakhoda agar tidak tersasar dari destinasi...hmmmm...banyak pula ilham dapat pagi2 ni...alhamdulillah...

Sekalian utk kali ini,saya ingin meneruskan jihad saya bersama pena dan kitab fizik...huhu..



 ~sekadar peringatan buat diri yang alpa dan sombong berpijak di bumi Allah~