Powered By Blogger

Wednesday, December 15, 2010

Riwayat Sohih Hari Asyura









Assalamualaikum... Sahabat-Sahabat U-jam..

Sepuluh Muharram dalam bahasa Arab, disebut Asyura. Orang Melayu Kelantan menyebutnya Sura , Orang Pattani menyebut Sura juga , bukan sesuatu yang ganjil kerana Kelantan dan Pattani adalah satu rumpun.

Bagi Orang Melayu Key Ell atau yang masih ada sanak saudara terutama di Semenanjung , ate katenye kene masak bubor syura' teman..Kak yong ..ate mane bubornye???!.Bagi pelajar universiti di Terengganu contohnya di Kudqi walaupun disebut Kolej , sibuk menghantar sms kepada rakan-rakan mengingatkan untuk berpuasa esok hari dan sudah disenaraikan menu untuk berbuka bersama-sama esok.

Bagi orang melayu yang bekerja di Pub ataupun Disko...Esok adalah hari-hari mau!

Bagi mereka yang baru lahir....mana satu yang betul ataupun penulis ni tak betul?

Jika Hari Asyura dimasukkan ke dalam soalan UPSR (Akan dimansuhkan tak lama lagi)

Mungkin Soalan dan Jawapannya berbentuk Objektif

Soalan : Apakah yang sering diucapkan oleh orang melayu dan orang islam pada malam 10 Muharam?

A) Ate Kak Yong mane bubornye???
B) Argh...Hari-hari mau
C) Kita puasa nak Esok?
D) Semua Diatas , Dibawah Dan Ditepi

Kesimpulannya mukaddimah di atas bukanlah Riwayat Sohih kerana tidak disokong oleh hadith-hadith ataupun kitab2 rujukan ulama' muktamar...cuma mukaddimah di atas bolehlah dikatakan "Refreshment Before Brainstorming"

Kita Berbalik kepada 10 Muharram ...Dalam Tahun-tahun Hijrah Takdir , Qada dan Qadar Allah Menentukan bahawa banyak peristiwa penting yang berlaku pada Tarikh ini...Diantaranya
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
Dan Catatan Peristiwa ini diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura
Dan jika pembaca mengesyaki sesuatu ataupun mempunyai ilmu yang jitu..maka boleh sunting di wikipedia disini - http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hari_Asyura&action=edit&section=2

Walau apa pun peristiwa yang masih menjadi perbahasan ilmiah diantara ilmuan, ulama dan golongan pemikir

HANYA ADA SATU PERISTIWA PENTING IAITU : BERPUASA PADA 10 MUHARRAM


Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari Asyura. Hari Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.
Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Aisyah rha. telah berkata: “Pada hari Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam di Madinah baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya” (HR Bukhari & Muslim)
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Ibnu Abbas ra. pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura’, dia menjawab: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehari untuk mencari keutamaan hari itu atas hari-hari yang lain selain pada hari ini. Begitu pula (saya tidak pernah melihat beliau) berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, bulan Ramadan. (HR Muslim)
Asal-usul Puasa Hari Asyura (10 Muharram) dan Galakannya
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Shahih Muslim No.1910)
  • Hadis riwayat Abu Musa ra., dia berkata: “Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan orang-orang Yahudi dan dijadikannya sebagai hari raya. Kemudian Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berpuasalah kalian pada hari Asyura’ tersebut.” (Shahih Muslim No.1912)
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.” Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.” (HR Muslim)
Tidak terdapat amalan-amalan tambahan yang disyariatkan ISLAM pada Hari Asyura ini. Yang disyariatkan oleh ISLAM berdasarkan sumber yang sahih hanyalah berpuasa pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun...SATU peristiwa yang ingin dikongsi bersama pembaca-pembaca u-jam ialah peristiwa 10 Muharram di zaman Firaun

King-TutHari ini 10 Muharram. Hari Asyura. Hari di mana Allah SWT menyelamatkan Bani Israel daripada Fir’aun dan menenggelamkannya bersama tenteranya dalam satu peristiwa dalam Exodus Bani Israel. Melihatkan kezaliman dan kekejaman Fir’aun, akhirnya riwayat dan empayarnya ditamatkan dengan begitu hina sekali.
Proses menuju azab kehancuran dahsyat Firaun ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mempunyai build-up, hype-up ke arah kemuncak kehancuran totalnya melalui Kehebatan Allah SWT yang mampu melakukan apa saja.
Sebelum itu, kita imbas kisah Musa-Firaun sebagaimana diringkaskan dalam Surah An-Naziat.
اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى * فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى * فَكَذَّبَ وَعَصَى * ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى * فَحَشَرَ فَنَادَى * فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى * فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى * إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى
“(Allah berfirman kepada Musa):”Pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,” “dan katakanlah (kepada Firaun): “Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)” “Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?” Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar. Tetapi Firaun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: “Akulah tuhanmu yang paling tinggi”. Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya).” [79:17-26]
Struggle ini bermula selepas penolakan Firaun terhadap dakwah. Ia berlanjutan lagi apabila Firaun mempersenda dan mencabar dakwah, memanggil konco-konconya dari kalangan ahli sihir, Haman & tentera-tenteranya untuk memfitnah dan menyekat dakwah.
“Firaun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada di sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang ahli sihir yang pandai,” [26:34] “Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu; (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta”.” [40:36]
Alangkah buruknya perangai dan cercaan Firaun. Dan Fir’aun pula mencapai ranking taghut No. 1 dalam sejarah apabila mengaku dirinya kuasa paling mutlak di bumi. “Akulah tuhanmu yang paling tinggi” [79:24]. Seolah-olah dia menyeru: “Ya, aku berhak melakukan apa saja; Mendapat semua yang aku mahu. Semua yang tak selari dengan kehendakku dan melawan kehendakku perlu ditentang & dihapuskan”.
Agak menghairankan bagaimana kaum Firaun boleh tunduk dan patuh secara rela kepada Firaun yang zalim ini, bahkan seolah-olah gembira dan memberi sokongan padu terhadap ketuanannya, yang jelas satu pendustaan. Sebenarnya, Allah telah pun mendedahkan strategi Firaun dalam memanipulasi kaumnya. “Maka Firaun mempengaruhi kaumnya lalu mereka patuh kepadanya. Karena sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.” [43:54]. Ya, mereka difasikkan, dirosakkan dengan maksiat, disogok dengan kepentingan dan habuan, maka ketika itu mampulah Firaun menjadikan mereka kuda tunggangan dan mereka terus menurut dan setia, kerana sudah sebati dengan kefasikan. “(Musa mengadu:) ...sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau… ” [10:88]
Dengan pendustaan dan pelampauan batas oleh Firaun dan konco-konconya yang jelas dan sepakat untuk menentang dakwah, maka Allah memulakan proses kehancuran mereka.
Namun, sebelum itu Allah selamatkan orang-orang yang ingin diselamatkanNya dari kalangan tukang-tukang sihir, tukang sisir, dan isteri Fir’aun. Beruntungnya mereka, tepatlah pilihan mereka yang menerima iman sebagai jalan. Kesudahan mereka kesudahan yang mulia.
“Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: “Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan Musa” [20:70]. Boleh rujuk 20:70-73, kisah cantik berimannya tukang sihir Firaun, dan mendalamnya iman mereka kepada Allah.
pyramidAzab bermula. Musa menyeru kepada Firaun agar membebaskan Bani Israel, kaum yang telah diperhambakan Firaun berkurun-kurun sebagai tulang belakang untuk membina istana-istana dan piramid-piramidnya. Dakwah Nabi Musa telah menyebabkan Bani Israel bangkit, yakin dan menuntut pembebasan. Habislah projek-projek Firaun. Dengan tulang siapa lagi ingin disiapkan projek-projeknya? Ke belakang siapa ingin disebat cemetinya? Dakwah Musa sungguh mengganggu perjalanan Empayar Firaun yang telah lama bertapak kukuh.
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَونَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِّن الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” [7:130]
Kerana keingkaran Firaun dan kaumnya, Allah menarik nikmat sumber asasi kaum Firaun, yakni air, melalui kemaraunya yang berpanjangan, lantas mengurangkan sumber zat & vitamin mereka, buah-buahan, yang memelihara kesihatan dan kekuatan fizikal mereka selama ini. Krisis bermula; dari segi ekonomi dan kemanusiaan. Sungai Nil menyurut dan Mesir mengering. Hilang sumber air. Bagaimana dengan produk-produk pertanian? Tentunya terjejas teruk. (Kalau di Malaysia, krisis air merupakan satu isu yang sering dibesar-besarkan, kerana impaknya yang begitu sengsara apabila terjadi.) Malah, ditambah pula, dengan berkurangnya makanan, kebuluran pula tersebar dikalangan rakyat. Inilah azab Allah terhadap kaum yang engkar.
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلاَتٍ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ
“Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.”[7:133]
Tidak habis dengan itu, disebabkan kekufuran mereka yang berterusan, Allah hantarkan pula taufannya yang dahsyat yang tentunya meng-inflict kehancuran material dan infrastuktur. Kita pada zaman ini juga boleh saja menyaksikan akibat serta damage terhadap kawasan yang dilanda ribut taufan. Sungguh dahsyat.
Seterusnya, muncul pula bala yang sangat tidak diingini mana-mana bangsa. Datanglah belalang, kutu dan katak yang memusnahkan segala agriculture yakni sumber ekonomi utama negara. Serta-merta melemahkan ekonomi & mencacatkan trading dalam dan ke luar negara. Bagimana negara mahu mengharungi kegawatan ini? Bagimana dengan kareer-kareer rakyatnya dan aktiviti ekonomi firma-firma yang telah disetup kerajaan? Bagaimana dengan kutipan cukai? Mesir dilanda krisis ekonomi paling dahsyat dalam sejarah negaranya. Hancur sudah kekuatan ekonomi serta reputasi negara yang selama ini stabil dan menggerunkan sepanjang beberapa dinasti. Kini, ke mana lagi kerajaan Firaun boleh bergantung?
Tambah teruk lagi, kutu dan katak bahkan membawa penyakit-penyakit yang annoying serta menjijikkan. Kutu merupakan ektoparasit yang bertindak sebagai agen penyebar penyakit dikalangan manusia (human disease agent). Malang sekali kepada perumah kutu kerana ia akan membawa kesengsaraan, gatal, malah bertelur pada perumahnya dan akan terus membiak dan merebak. Wabak kutu memang sesuatu yang sengsara. Tambah mengerikan, Mesir dicemari dengan katak-katak yang menggelikan yang berkeliaran di serata negeri. Katak-katak pula terkenal dengan membawa fungus dan penyakit, yang apabila yang bertebaran dengan banyaknya, ditambah dengan pembiakan yang tidak terkawal, ia menjadi disaster kepada masyarakat pengikut Firaun.
egypt-plague Pencemaran pula berleluasa. Allah menukarkan air dari sungai dan telaga-telaga menjadi darah kemerahan. Tentunya ia tidak mampu dimanfaatkan untuk kerja-kerja pertanian, kebersihan diri dan masyarakat (mandi, basuh baju, sewage), dan bagaimana rakyat Mesir ingin melepaskan dahaga, sesudah ditimpa bermacam-macam bencana. Bagaimana dengan baunya, warnanya, likatnya.. Allahu’a'lam.
Semuanya hancur. Apa lagi yang dimiliki Firaun dan kerajaannya? Sosio-politiknya berubah, buruh-buruhnya sudah resign, projek-projek pembangunan terbengkalai, Nil sudah kering, kebuluran berleluasa, kerosakan material dan infrastruktur, ekonomi dilumpuhkan, epidemik merebak, pencemaran sumber kehidupan. Collapse sudah negara tersebut.
Maka mengalahlah mereka: “Dan ketika mereka ditimpa azab (yang telah diterangkan itu) mereka pun berkata: “Hai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu dengan (perantaraan) kenabian yang diketahui Allah ada pada sisimu. Sesungguhnya jika kamu dapat menghilangkan azab itu daripada kami, pasti kami akan beriman kepadamu dan akan kami biarkan Bani Israel pergi bersamamu”" [7:134]
“Maka setelah kami hilangkan azab itu dari mereka hingga batas waktu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mengingkarinya.” [7:135]
Namun, mereka tetap kufur. Bahkan, kemarahan mereka terhadap dakwah telah membuak-buak dan memuncak, walapun sudah jelas bukti-bukti kebenarannya. Lalu mendorong golongan pelampau batas ini untuk menjalankan ultimate execution mereka untuk menghancurkan Bani Israel yang beriman. Kerana pelampauan batas maximum ini, berlakukah ultimate execution dari Allah pula di dunia ini.
moses-red-sea“Kemudian Kami menghukum mereka, maka Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu.” [7:136]
Dan taubat Firaun ketika nyawanya dihujung halqum pastinya tidak berguna lagi, terutama selepas kezalimannya yang terdahsyat dalam sejarah manusia.
حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لا إِلِـهَ إِلاَّ الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ * آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
“..hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim)”. Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.” [10:90-91]

“..Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangunkan mereka.” [7:137]
firaun
Maka lenyaplah kerajaan Firaun yang zalim lagi melampaui batas ini sepanjang zaman. Ia tidak mengambil pengajaran dari mu’jizat-mu’jizat yang disaksikan dan dirasainya sendiri. Ia tidak mengambil pengajaran dari kekuasaan Allah yang bahkan dipamerkan secara eksklusif kepada mereka; istimewa, yang hanya diberitakan secara kalam kepada generasi-generasi berikutnya. Malang sekali Firaun dan pengikut-pengikutnya yang tetap kafir dan zalim.
Hari Asyura sungguh layak diraikan dan disyukuri. Hari Asyura menjadi hari kemenangan umat Musa ke atas Firaun yang dihancurkan dengan sistematik. Ia merupakan peristiwa besar yang menjadi simbol kepada harapan, kesabaran dan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi Taghut yang kufur dan keterlaluan. Padanya, ada mukjizat yang memenangkan agama Allah dan orang-orang beriman serta menghancurkan sistem Jahiliyyah yang zalim dan tak berperi-kemanusiaan.
Ya, inilah sunnah yang menimpa golongan-golongan taghut dan zalim sepanjang zaman, dari mana-mana generasi, dari mana-mana bangsa. Siapakah agaknya “Fir’aun” pada hari ini? Yang sombong, angkuh, dan perasan ia berkuasa mutlak. Menidakkan dakwah Islam dan berusaha keras untuk melenyapkannya. Bersiap-sedialah “Fir’aun”, kerana tanda-tanda kejatuhan anda semakin jelas.
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya).” [79:26]

Oleh yang demikian berikut adalah Koleksi Hadith Sohih berkaitan Berpuasa pada 10 Muharram.

Sumber: Sohih Muslim
  1. Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
    Kaum Quraisy di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah s.a.w juga berpuasa pada hari itu. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda tetap berpuasa dan memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari itu. Setelah difardukan puasa bulan Ramadan, baginda bersabda: Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari itu berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan meninggalnya.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1897
  2. Hadis Abdullah bin Umar r.a:
    Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1901
  3. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
    Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Yazid r.a katanya: Al-Asy'as bin Qais datang menemui Abdullah ketika beliau sedang makan. Abdullah berkata: Wahai Abu Muhammad marilah kita makan bersama. Dia menjawab: Bukankah hari ini adalah hari Asyura? Beliau kemudian bertanya: Kamu tahu apakah hari Asyura itu? Dia menjawab: Apakah ia? Beliau menjelaskan: Ianya merupakan hari di mana Rasulullah s.a.w berpuasa sebelum puasa bulan Ramadan diwajibkan. Setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan, ia ditinggalkan.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1905
  4. Hadis Muawiah bin Abu Sufian r.a:
    Diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman katanya: Dia pernah mendengar Muawiah bin Abu Sufian r.a menyampaikan khutbah di Madinah pada hari Asyura ketika beliau berkunjung ke kota tersebut, katanya: Di manakah ulama-ulama kamu wahai sekalian penduduk Madinah? Ketahuilah aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda mengenai hari ini, iaitu hari Asyura: Pada hari Asyura ini Allah tidak mewajibkan berpuasa kepada kamu. Tetapi aku sendiri berpuasa pada hari ini. Sesiapa di antara kamu yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa ingin berbuka, berbukalah.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1909
  5. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
    Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami pada-Nya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1910
  6. Hadis Abu Musa r.a katanya:
    Hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan menjadikannya sebagai Hari Raya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah kamu pada hari Asyura tersebut.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1912
  7. Hadis Ibnu Abbas r.a:
    Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini. Aku juga tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, iaitu bulan Ramadan.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1914
Oleh yang demikian maka artikel ini diberikan tajuk "Riwayat Sohih Hari Asyura" kerana sesuatu yang penting ialah rujukan dari Hadith Sahih Muslim
Mudah-mudahan ingatan ringkas ini memberikan manfaat buat kita semua, amin.
WAllahu Ta’ala A’lam.

sumber : www.u-jam.blogspot.com

1 comment: