Powered By Blogger

Thursday, February 10, 2011

Islam Times - Islamic Brotherhood gives Mubarak One Week

Islam Times - Islamic Brotherhood gives Mubarak One Week

Islam Times – The Islamic Brotherhood announced that the Egyptian president has one week to submit his resignation or else…
Translator : Aabid Waqar
Islamic Brotherhood gives Mubarak One Week
Islam Times reports that the Islamic Brotherhood announced that Hosni Mubarak, the president of Egypt, has one week to resign from his post. They announced that there will be no peace treaties or discussions about this issue.

‘Assam al-‘Uriyan, one of the high ranking officials of this organization, clearly stated that the Islamic Brotherhood knows that many difficulties lie ahead. That is why they are demanding that Mubarak submit his resignation within one week.

He continued to state that the Islamic Brotherhood is not after absolute political power. It will exert all of its efforts to establish a just legislative body. The Islamic Brotherhood wanted to remind the world that it is a peaceful organization which obeys the law.

© Islam Times

Monday, February 7, 2011

>>SOLEHAHKAH AKU??

Solehahkah aku??
Andai solat yang 5 juga masih lagi tidak kukuh,
Masih lagi tidak tepat pada waktunya,
Liat untuk berjemaah pula...

Solehahkah aku??
Andai al-Quran masih lagi jarang dihadam,
Lebih banyak menghadap Facebook berbanding al-Quran,
Majalah yang sia-sia masih jadi tatapan saat kebosanan...

Solehahkah aku??
Andai mulut ini masih lagi tidak berzikir padaNya,
Lebih banyak mengumpat dan mencaci orang disekeliling,
Berbicara tanpa adab sopan..

 Solehahkah aku??
 Andai auratku masih lagi dipamerkan pada mereka yang tidak berhak,
 Menjadi tatapan pada lelaki ajnabi,
 Mengikut fesyen barat yang kian hilang muslimahnya...

Solehahkah aku??
Andai membiarkan umat Islam yang lain hidup dalam kesengsaraan,
Malah jarang sekali mengambil tahu issu ummah,
Hanya sibuk mengejar keperluan sendiri...

Solehahkah aku??
Andai tidak sabar dalam menghadapi mehnah,
Banyak pula merungut dengan takdir Allah,
Merasakan bahawa Allah tidak kasihan padaku...

Solehahkah aku??
Andai diri ini tidak taat pada orang-orang tuaku,
Menanyakan khabar mereka apatah lagi tika berjauhan,
Sibuk melayan kekasih hati hingga kredit habis...

Solehahkah aku??
Andai tugas untuk membela agama malas untuk melaksanakannya,
Tetapi boleh sahaja menontong wayang dan berhibur tanpa batas,
Mengikut kawan menuju kebinasaan,meninggalkan jemaah da'wah terkapai-kapai...

Solehahkah aku??
Andai hati tidak tertaut dengan majlis ilmu,
Mendabik dada dengan ilmu yang cetek dan sesat,
Bukankah majlis ilmu merupakan taman-taman syurga di dunia...

................................................................................................
                                                     
                                  

SOLEHAHKAH AKU??
Mengharapkan pinangan dari lelaki yang soleh tetapi tidak berusaha me'nyoleh'kan diri...andai solat tidak dijaga dan malas untuk berjemaah,bagaimana pula ingin menjadi makmum dengan suami kelak..al-Quran pula jarang sekali ditatap,bagaimana kelak ingin mengajar anak-anak,katanya inginkan anak-anak yang bisa menghafaz al-Quran...mulut pula masih kurang berzikir,bait-bait dari syaitan sentiasa terungkap,bagaimana pula ingin menasihati dan membetulkan perangai anak-anak bila nakal nanti..bagaimana pula ingin memanjakan suami dengan perkataan yang sopan..aurat tidak ditutup dengan sempurna,malas berstoking,tudung yang singkat hingga menampakkan yang tidak sepatutnya,kasihan pada suami kerna haknya telah dilihat orang,patutkah suami mendapat sisa-sisanya...umat islam dipinggirkan,tidak ambil peduli,bagaimana pula dengan keperluan keluarga...sentiasa merungut dengan masalah dan tidak sabar..aduh!!jika dah berumah tangga nanti,semakin banyak badai melanda..bagaimana hendak sabar kelak...hak ibu bapa tidak ditunaikan,jangan salahkan suami andai dia sentiasa memberikan perhatian pada ibunya..jangan cemburu saat itu kerana diri sendiri juga tidak ambil peduli...berda'wah dalam jemaah apatah lagi,katanya sibuk dengan urusan peribadi,bagaimana pula dengan urusan umat Islam yang lain,ingin melihat kemungkaran terus berleluasa,ingin melihat anak sendiri juga mendapat calitnya...majlis ilmu malas untuk pergi,bila dah kurang ilmu,banyak perkara yang jahil,katanya diri ini sahaja yang benar..tetapi andai saat itu,anak-anak berkelakuan tidak baik,jangan disalahkan,jika suami tidak lagi setia pada diri ini...jangan menyesal saat itu!!

Koreksi diri,andai diri ini mendambakan lelaki yang soleh,solehkan dahulu diri sendiri...kerana ibu bapalah yang mencorak anak-anak itu untuk menjadi Yahudi,Majusi atau Nasrani...tetapi perlu diingatkan,mendambakan pasangan yang soleh adalah sebagai wasilah untuk mencapai redha Allah..bukan semata-mata untuk kebahagiaan,tetapi hakikatnya kebahagiaan di akhirat kelak..isteri yang solehah akan menjadi bidadari yang teragung kelak tika di syurga...Subhanallah!peluang itu yang harus kita rebutkan kerna akhirat adalah negeri yang kekal abadi..sementara masih single ini,mari kita perbaiki diri untuk beramal dengan Islam yang sebenar-benarnya..insyaALLAH...^^,

                   

Friday, February 4, 2011

...Hubungan kita dengan Allah...^^

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan lagi Maha Mengasihani...
Allahuakbar,,terasa sudah lama tidak menaip di blog ni..hajat di hati tidak ingin sesekali  menguburkan blog ini..  ana dapat rasakan,walaupun sudah lama ana tidak menulis,tetapi follower kian meningkat..alhamdulillah,bagi ana satu sapaan dari Allah untuk ana meneruskan perkongsian di sini..ilmu di dada ini tidaklah setinggi mana,tetapi apa yg ada ini akan ana cuba utk kongsikan mengikut kemampuan ana..

Entry kali  adalah utk motivasi diri ana juga,kadang-kadang begitu mudah untuk kita menyeru orang lain untuk mentaati Allah,tetapi bagaimana diri kita sendiri?kadang-kadang begitu mudah kita menyuruh orang lain bersabar dalam menghadapi musibah,tetapi bila kita sendiri berhadapan dengannya,Allah!!terasa lemah diri ini,entah kemana hilangnya segala bait-bait yang pernah kita ucapkan pada orang lain..

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (as-Saff: 2-3)

Setiap saat kita sebenarnya berhutang pada Sang Pencipta kita.Terlalu banyak kurniaan yg telah Allah sediakan pada kita,tetapi mengapa hati ini sukar untuk berterima kasih..mengucapkan kalimah syukur apatah lagi.Sering kali apabila seseorang telah melakukan kebaikan pd diri kita,ucapan terima kasih akan dihulurkan,tetapi bagaimana dengan terima kasih kita pada Allah? jauhilah dari berhutang budi dengan manusia,kerna itu adalah nafsu semata-mata,tetapi bersyukurlah pada Allah dengan izinNya juga kita bisa menerima kebaikan dari seseorang.Basahkan lidah dengan kalimah 'ALHAMDULILLAH' yang sebenar-benarnya,Hanya ditujukan pada Allah sahaja,bukan sekadar meniti di bibir,tetapi akui jugalah didalam hati. Saat itu, akan terasa betapa indahnya hidup ini apabila kita sentiasa bertawakal padaNya.Dengan izinNya jugalah kita peroleh apa yang kita hajatkan.Bagaimana pula saat musibah melanda?Ucapkanlah jua kalimah itu kerna Allah telah memilih kita untuk menghadapi mehnah itu.Bersyukurlah juga pada orang yang telah menyakiti kita,kerna saat itu kita mampu menilai diri ini,kerna insan itu jugalah kita menjadi orang yg lebih sabar dan dekat pada Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.(al-Mulk: 23)

                           

Dimana kita meletakkan hati kita saat bersendirian? Adakah memikirkan soal duniawi? Teringat akan pasangan kita? Berzikirlah pada Allah saat susah mahupun senang.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-Rad: 28)

Zikir yang dimaksudkan disini ialah mengingati Allah. Pelbagai alternatif yg boleh kita amalkan utk menghidupkan hati ini agar sentiasa berzikir. Kalau dapat lihat remaja zaman sekarang, tidak lekang 'earphone' di telinga. Tetapi kita periksa semula, lagu apa yang kita dengar? adakah lagu-lagu jiwang, rock atau nasyid sebagai halwa telinga? Tanya diri kita,jenis tenang apa yg kita peroleh dgn mendengar lagu-lagu sebegitu. Ana yakin ketenangan yg kita peroleh saat itu adalah bersifat sementara malahan mendidik hati utk melayan perasaan jiwang dan akan timbullah satu 'perasaan' yg tidak begitu asing pada zaman ini. Ana yakin kalian juga pasti tahu apakah jenis 'perasaan' itu. Tetapi lain pula 'perasaan' yang akan hinggap apabila kita menjadikan nasyid atau ayat-ayat suci al-Quran sebagai halwa telinga. Dengan ini,hati akan terdidik utk sentiasa berhubung dgn Allah.Tetapi kita juga harus bijak jenis apa pula nasyid yg kita perdengarkan,jika ianya juga mendorong zina hati,elakkanlah.kita juga harus ingat,nasyid hanyalah satu medium untuk kita mengingati Allah,jangan kita terus meninggalkan ibadah lain seprti solat 5 waktu sehari,tahajjud dan mentadabbur al-Quran. Mudahkan??

                                     


Sekian utk entry kali ini,ana khuatir jika terlalu banyak saranan yg ana perkatakan,kelak diri sendiri tidak beramal.Kerana iman manusia itu ada turun dan naiknya.Sebagai hamba dan khalifah,ini adalah peringatan bersama kerna peringatan yg bermanfaat penting utk orang-orang beriman. Sama-sama kita perbaiki diri,tidak kira walau siapa kita,yg bergelar dai'e sekalipon perlu sentiasa muhasabah diri.Hanya ketaqwaan yg membezakan kita di pandangan Allah...~strive for mardhotillah...