Wednesday, March 30, 2011

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya

Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
 
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

            
                   ukhwah berpaksikan keimanan

bercampur baur perasaanku saat ini..rasa serba salah semakin menebal..siapakah yang bersalah dalam kemelut ukhwah ini??aku tidak pasti...masih bersisa rasa itu walau ungkapan maaf dan dimaafkan telah berulang kali dilafazkan...mungkin juga kerana tiada keikhlasan yang terukir dalam kemaafan...namun akan kugagahkan hati untuk menempuhi hari-hariku...sabar adalah peneman setiaku,saat merasa hiba,aku mencari DIA untuk aku adukan segalanya..maafkan ku teman,kerana aku tidak memilihmu untuk aku ceritakan segalanya..terlalu sukar untuk aku menzahirkan segala rasa hatiku setelah sekian lama aku berdiam diri..dalam diamku,aku mengalah demi persahabatan..tidak mengapa aku menangis disini,kerana aku yakin ukhwah yang dibina ini adalah jambatan untuk kita ke akhirat..

aku tiada sahabat sejati untuk diluahkan segala rasa di hati,kerana bagiku,cukuplah ALLAH sebagai peneman setiaku..aku yakin sahabat berupa manusia akan pergi jua meninggalkanku,tetapi Penciptaku tidak akan dan tidak pernah sesekali meninggalkan hambaNYA dalam susah ataupun senang...(T_T) 

Tuesday, March 29, 2011

Diantara Persimpangan

                                                        



Ku mulakan bicaraku dengan kalimah Basmallah..semoga perkongsian kali ini mencapai redhaNya untuk tatapan hati-hati yang ingin sejahtera kepadaNya..

Jelaskan images diatas??mengikut sunnatullah kehidupan seorang musafir yang bergelar hamba di atas muka bumi ini,sentiasa berhadapan dengan banyak persimpangan..manusia bebas untuk memilih dalam kehidupan ini..tetapi pilihan yang bagaimana??apakah rujukan yang perlu kita ambil sebelum membuat sesuatu keputusan??apakah kesannya kepada diri kita selepas membuat keputusan tersebut??semuanya ada jawapannya.jangan bimbang akan kemaslahatannya,kerana Islam itu agama solusi..kembalilah pada Al-Quran dan sunnah sebelum membuat keputusan untuk memilih simpang mana yang harus kita tempuhi..

Rasulullah berpesan kepada ummatnya agar berpegang teguh dengan Al-Quran dan sunnah,pasti kita tidak akan tersesat dalam perjalanan kehidupan ini.Berapa ramai diantara kita pada zaman sekarang yang menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam bahtera kehidupan?rujuklah kedua-dua elemen ini sebelum membeli pakaian,sebelum makan dan minum,sebelum bernikah,sebelum bermuamalat dan sebagainya.pastinya jalan yang kita pilih itu diiringi dengan keberkatan dan pahala dariNya..jangan jadikan majalah barat sebagai rujukan kita untuk berfesyen!inilah trend remaja zaman sekarang.


                                                 
 Tahukah kalian di antara persimpangan jalan itu terletaknya antara SYURGA dan NERAKA?? ya..disitulah terletaknya natijah keputusan kita dalam memilih jalan tadi...jalan yang menuju ke syurga membawa seribu rahmat dari Allah diiringi dengan redhaNya andai kita melaksanakannya dengan ikhlas dan mengikut lunas-lunas Islam.Tetapi,kerana syurga itu terlalu manis,maka perjalanan menuju ke arahnya terasa pahit. banyak mehnah dan tribulasi yang terbentang di sepanjang jalan itu..ada lopak air,ada lubang yang besar,jalan yang sempit,malah ada duri diatas jalan tersebut. nah! bergantung pada kita pula bagaimana hendak menghadapinya. Saat ini hanya iman yang berbicara. kuncinya adalah SABAR, SABAR dan SABAR!!walau pahit,tetapi yakinlah bahawa di penghujung jalan itu tersedia gerbang keindahan untuk orang yang SABAR!
jadikan iman sebagai neraca dalam bahtera ini. kembalilah hati yang damai dengan keimanan,suburkan ia dengan 'amalan sebagi buahnya,akarnya pula dipaksikan dengan akidah yang sahih..pasti jalan itu menjadi mudah bagi seorang hamba dan khalifah!!



                                               
hidup kita ini seperti hi-way..disepanjang hi-way ini,ada R&R untuk berheti sebentar,dan hi-way itu tiada penghujungnya melainkan jalan mati...R&R boleh diibaratkan sebagai wasilah untuk kita menge'charge' iman kita...disitulah kita mencari makanan yakni makanan rohani sebelum hati menjadi mati..jalan mati pula diibaratkan seperti ajal yang akan menjemput kita apabila tiba saatnya..disitulah noktah sebuah kehidupan yang sementara,kerana kita punya matlamat yang jauh lebih besar iaitu ke negeri yang kekal abadi.disanalah menjadi neraca kehidupan kita didunia dengan hasil keputusan dalam memilih persimpangan jalan kita tadi..jadi!keputusan untuk memilih persimpangan jalan itu terletak pada kita!hati-hatilah dalam memandu kehidupan ini...   wallahu'alam...


KETAHUILAH SESUNGGUHNYA  DUNIA INI BAGAIKAN LAUTAN YANG DALAM, 
RAMAI MANUSIA YANG KARAM DI DALAMNYA,
BILA ENGKAU INGIN SELAMAT DARI KARAM,
LAYARILAH LAUTAN INI DENGAN SAMPAN YANG BERNAMA 'TAQWA',
ISINYA 'IMAN' DAN LAYARNYA DENGAN 'TAWAKKAL' PADA ALLAH...                                       

Monday, March 28, 2011

::coretan hati...

mencari sahabat sejati dalam menelusuri perjuangan terlalu sukar untuk kita temui..sama-sama menangis, menumpang bahu untuk melepaskan segala duka didalam hati..sama-sama memikirkan umat Islam pada hari ini yang semakin jauh dengan nilai Islamnya...kemana sahabat yang dicari itu???pahit benar rasanya,bila madu dibalas dengan racun...sabar!!sabar!!sabar!! juga sebagai benteng diri..mungkin suatu hari nanti,kita akan berpisah kerana perjuangan menuntut seorang mujahidah dan perjuangan jugalah yang mempunyai hak ke atas seoarang mujahidah..saat itu,kita bawa haluan masing-masing,..jangan kau tangisi pemergianku..!andai ruang dan peluang yang pernah diberikan dibalas dengan racun...wa...tidak mengapa...seorang mujahidah itu memerlukan ALLAH dan kefahaman dalam perjuangannya..biarlah manusia meninggalkannya,bukan mujahidah itu yang pergi meninggalkan jemaahnya...!utamakan hak manusia yang ramai bilangannya yang lebih memerlukan Islam berbanding dengan sebilangan kecil yang hatinya masih berkira-kira...selamat tinggal sahabat...!cukuplah ALLAH dan da'wah menjadi pilihan dan peneman hidup....bangkitlah anak muda Islam!!tenaga dan jiwamu diperlukan di akhir zaman ini....!cukuplah dunia berada ditangan,jangan sampai masuk ke hati kita...cita-cita seorang mujahidah ini adalah ingin melihat kuntuman senyuman Rasulullah saat melihat ummatnya gemilang dengan Islam..di masyar kelak,akan dipersoalkan..kemana umur kita dihabiskan??saat itu,mulut hanya membisu...anggota badan yang menjadi saksi tika didunia akan menjawab...fikir-fikirkanlah...


                                          inilah amanah kita diatas muka bumi ini..

sekadar perkongsian hati untuk menggugahkan rasa hiba dihati...^^,
wallahu'alam...   =)

Tuesday, March 8, 2011

::mencari nilai disebalik tabir::

                                                         gambar hiasan~

Apakah yang bernilai disebalik sehelai kain itu??
Adakah solehah seorang muslimah itu terletak pada purdah atau niqobnya??
Pasti indah memakai dan memikinya...
Segala kegusaran dan kesedihan dapat dihijab disebaliknya...
Senyuman dibalas dengan menggunakan lirikan mata...

Apakah Islam menuntut seseorang muslimah itu untuk berniqob??
Masih mencari jawapannya yang pasti...
Tetapi saat ini,hati ini benar-benar ingin mendambakan sehelai niqob itu...
Mampukah aku??
Atas niat apa aku ingin memakainya??
Adakah untuk menunjukkan bahawa aku sudah cukup solehah??
Adakah untuk menarik perhatian ramai dengan gayaku yang kelihatan asing disini??
Adakah untuk memancing seorang lelaki yang soleh agar melihatku??
Allahuakbar...

Pastinya adalah untuk memelihara diriku...
Menjauhkan aku dari fitnah seorang wanita kepada lelaki ajnabi...
Wajah yang terlindung itu hanyalah untuk mujahid yang halal bagiku...
Adakah kerana aku begitu aktif di kampus dalam urusan agama
Membenarkan aku untuk memakainya??
Sebagai batas untuk berhubung dengan ajnabi dalam urusan da'wah...

Ya ALLAH,aku mohon petunjuk dariMU...
Kerana aku telah memikirkannya,aku khuatir dengan diriku yang semakin hari semakin terdedah dengan lelaki ajnabi...Adakah perlu untuk aku memakainya saat ini sebagai perlingdungan untuk diriku...aku ingin menjadi sekuntum mawar yang tidak mudah disentuh,penuh dengan duri-duri yang tajam agar ada tangan yang terluka...menjadi mawar yang semakin meninggi,dibajai dengan keimanan kepadaMU,..tumbuh menegak dengan membawa agamaMU...bantulah hambaMU ini ya ALLAH...berikan aku jalan keluar..kerana aku yakin,apa yang berlegar di benakku adalah dengan izinMU jua...

                                                             
      
              
                                    

Sunday, March 6, 2011

::hati menangis dan kecewa kerana manusia:::

Aku terlalu rindukan syahid,lantas aku mengabaikanmu...kerana aku yakin,aku perlu utamakan haq ALLAH dari hak seorang manusia..aku sudah berusaha utk mendekatimu,memberimu ruang kepadamu utk bercerita segala suka duka dalam kehidupanmu,tetapi bila masa yang aku luangkan,engkau gagal utk memanfaatkannnya...aku kecewa dengan sikapmu!engkau boleh memberi perhatian dan layanan pada orang lain,walhal diriku engkau langsung tidak endahkan...apakah engkau tidak menghargai usahaku utk berbaik denganmu??apakah engkau masih menyimpan rasa yg bersisa dalam hatimu??aku mengerti,kita sama-sama wanita,fitrahnya beremosi...tidak sukar untuk melupakan apa yang pernah terjadi...tetapi,aku sudah terlalu berlembut hati denganmu,tetapi aku pon tidak mengerti,rupa-rupanya dalam kelembutan yang aku curahkan,terdapat ketegasan dalam nada itu..aku benar-benar kecewa dengan tindakanmu...engkau tidak menghargai usahaku...aku pon telah memilih ALLAH utk memujuk hatiku saat ini,bukan sahabat-sahabat seperti kebiasaannya...andai selama ini,aku yang memujuk dirimu,tetapi tidak untuk kali ini...aku juga perlukan masa utk diriku,utk memuhasabah diriku...

Kerana itu,hati aku benar-benar bahagia dengan jalan yang telah aku pilih...aku bahagia dengan berdampingan bersama jemaah...aku bahagia kerana aku telah mewakafkan diriku hanya untuk agama,hanya untuk urusan agama kerana itulah keutamaan buat diriku...bukan bermaksud dirimu aku tidak mengutamakan,tetapi ketahuilah,apabila berlakunya pertembungan antara urusan jihad dengan jemaah dan dirimu,aku telah memilih urusan jihad dan jemaah...kerana memberi manfaat untuk semua dan jangka panjang...rupa-rupanya,memang tepat keputusanku..jika aku memilih dirimu sebagai keutamaanku berbanding urusan agama,keadaan tetap sama..masalah itu akan menyapa kita semula..kerana engkau tidak mengerti!tetapi mengertilah,aku rindu untuk bertemu ALLAH dan Rasulullah dengan apa yang perjuangkan...aku tidak mengharap manusia menilai dan memandang usahaku dlm membawa agama.tetapi aku mengharapkan redha ALLAH dan senyuman dari Rasulullah...

Cukuplah cintaku saat ini,aku hamparkan pada jalan agama...bukan pada seorang pemuda..bukan pada sahabat-sahabat yang tidak mengerti..tetapi aku hamparkan juga cintaku pada sahabat seperjuanganku...
aku ingin benar melamar dirimu untuk sama-sama berjuang denganku,aku telah berusaha,tetapi engkau telah menolak...aku yakin engkau juga mampu berjuanga,tetapi kita berbeza wasilah dan pendekatan...engkau punye kelebihan untuk menulis ayat-ayat manis,maka aku menyarankan padamu untuk membawa Islam dengan caramu itu..aku menyokong dirimu!tetapi,siapa pula yang menyokong diriku??cukuplah..aku sedang memujuk hatiku saat ini dengan menghayati kata-kata ALLAH...dengan janji-janji ALLAH...aku tidak ingin mendengar janji-janji dan pujuk rayumu...andai diberi pilihan dihadapanku,ingin sahaja aku membawa diriku jauh dari suasana ini...jauh dari kegusaran ini...tetapi,aku tidak mampu...biarkan aku sendirian sahabatku...(T_T)

                                               

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
(Qs 3:139)

Saturday, March 5, 2011

::conteng-conteng::

assalamualaikum wbt..
sudah lama ana meninggalkan blog ana..tanpa khabar berita...apelah alasan ana kali ni??huhu..kali ni mungkin alasan yang sama lagi...busy!busy!busy!busy dengan apa pon tak tahu la...Selepas terlibat dengan Pilihan raya Kampus,walaupon kalah untk mendapat kerusi,tetapi ana bersyukur kerana ana telah menang dalam tarbiyyah Allah..banyak perkara yang mendidik ana menjadi insan yang lebih dekat padaNya..banyak belajar tentang jihad yang sebenar,mendidik hati agar tidak putus-putus menjaga komunikasi denganNYA tiap saat dan ketika walau dimana sahaja ana berada..setiap langkah,bibir dan hati sentiasa mengingatiNYA..alhamdulillah!Allahuakbar!nikmatnya ana bisa peroleh dan rasai....

Indah berada dibawah jagaanNYA andai kita juga menjagaNYA dalam diri kita...ana tidak mampu untuk menzahirkan apa yang ana rasai sejak akhir-akhir ini...tetapi ana dapat rasakan perbezaanya..jika sahabat-sahabat hendak tahu,kalian juga harus memulakannya..ibadah-ibadah wajib mesti dijaga,untuk meningkatkan tali pergantungan kita sepenuhnya pada ALLAH,tingkatkan amalan hati...berkomunikasi sentiasa bersama DIA...Allah itu dekat,dekat dengan urat kita..tunaikan hak Allah,pasti DIA akan menunaikan hak kita juga..kitakan hamba Allah,mana mungkin TUAN kepada badan kita ini membiarkan kita sendirian ibaratnya seperti tuan kpd seekor kucing...kita boleh kufur dgn nikmat Allah,kita boleh ingkar perintah Allah,tetapi Allah itu Maha Pemurah,Maha Penyayang,masih memberikan segala keperluan yg kita inginkan..ayuh sahabat-sahabat,bukanlah hati kita untuk mengenali Sang Khaliq kita...andai telah terlanjur melakukan dosa,bertaubatlah!beristighfar..kerana Allah itu Maha Mendengar,Maha Pengampun lagi...jangan pernah putus harapan dengan rahmat Allah..ingat,putus asa adalah sifat oarang kafir..kitakan orang Islam~.....
mudah-mudahan coretan ini memberi manfaat buat kalian,sekadar peringatan ketika ini...da'wah ini ibarat membaling bola ke dinding,setelah dibaling ke dinding,pastu bola itu melantun semula kepada tuannya..analoginya sama juga seperti berda'wah,apa yang kita pesan atau tuturkan,akan kembali pada kita utk sama-sama beramal...insyaALLAH..
wallahu'alam...semoga bersua lagi....^^

                                                   

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun,dan Dia memberimu PENDENGARAN,PENGLIHATAN dan HATI NURANI,agar kamu BERSYUKUR.
QS 16:78