Powered By Blogger

Tuesday, March 8, 2011

::mencari nilai disebalik tabir::

                                                         gambar hiasan~

Apakah yang bernilai disebalik sehelai kain itu??
Adakah solehah seorang muslimah itu terletak pada purdah atau niqobnya??
Pasti indah memakai dan memikinya...
Segala kegusaran dan kesedihan dapat dihijab disebaliknya...
Senyuman dibalas dengan menggunakan lirikan mata...

Apakah Islam menuntut seseorang muslimah itu untuk berniqob??
Masih mencari jawapannya yang pasti...
Tetapi saat ini,hati ini benar-benar ingin mendambakan sehelai niqob itu...
Mampukah aku??
Atas niat apa aku ingin memakainya??
Adakah untuk menunjukkan bahawa aku sudah cukup solehah??
Adakah untuk menarik perhatian ramai dengan gayaku yang kelihatan asing disini??
Adakah untuk memancing seorang lelaki yang soleh agar melihatku??
Allahuakbar...

Pastinya adalah untuk memelihara diriku...
Menjauhkan aku dari fitnah seorang wanita kepada lelaki ajnabi...
Wajah yang terlindung itu hanyalah untuk mujahid yang halal bagiku...
Adakah kerana aku begitu aktif di kampus dalam urusan agama
Membenarkan aku untuk memakainya??
Sebagai batas untuk berhubung dengan ajnabi dalam urusan da'wah...

Ya ALLAH,aku mohon petunjuk dariMU...
Kerana aku telah memikirkannya,aku khuatir dengan diriku yang semakin hari semakin terdedah dengan lelaki ajnabi...Adakah perlu untuk aku memakainya saat ini sebagai perlingdungan untuk diriku...aku ingin menjadi sekuntum mawar yang tidak mudah disentuh,penuh dengan duri-duri yang tajam agar ada tangan yang terluka...menjadi mawar yang semakin meninggi,dibajai dengan keimanan kepadaMU,..tumbuh menegak dengan membawa agamaMU...bantulah hambaMU ini ya ALLAH...berikan aku jalan keluar..kerana aku yakin,apa yang berlegar di benakku adalah dengan izinMU jua...

                                                             
      
              
                                    

1 comment:

  1. Assalam...samalah juga dengan ana, hajat dihati ingin berniqab, tapi masih terlalu banyak sikap mazmumah dalam diri...juga polisi universiti yang tidak membenarkan niqab, tapi membenarkan rambut terbuka...:""(

    ReplyDelete