Powered By Blogger

Monday, February 7, 2011

>>SOLEHAHKAH AKU??

Solehahkah aku??
Andai solat yang 5 juga masih lagi tidak kukuh,
Masih lagi tidak tepat pada waktunya,
Liat untuk berjemaah pula...

Solehahkah aku??
Andai al-Quran masih lagi jarang dihadam,
Lebih banyak menghadap Facebook berbanding al-Quran,
Majalah yang sia-sia masih jadi tatapan saat kebosanan...

Solehahkah aku??
Andai mulut ini masih lagi tidak berzikir padaNya,
Lebih banyak mengumpat dan mencaci orang disekeliling,
Berbicara tanpa adab sopan..

 Solehahkah aku??
 Andai auratku masih lagi dipamerkan pada mereka yang tidak berhak,
 Menjadi tatapan pada lelaki ajnabi,
 Mengikut fesyen barat yang kian hilang muslimahnya...

Solehahkah aku??
Andai membiarkan umat Islam yang lain hidup dalam kesengsaraan,
Malah jarang sekali mengambil tahu issu ummah,
Hanya sibuk mengejar keperluan sendiri...

Solehahkah aku??
Andai tidak sabar dalam menghadapi mehnah,
Banyak pula merungut dengan takdir Allah,
Merasakan bahawa Allah tidak kasihan padaku...

Solehahkah aku??
Andai diri ini tidak taat pada orang-orang tuaku,
Menanyakan khabar mereka apatah lagi tika berjauhan,
Sibuk melayan kekasih hati hingga kredit habis...

Solehahkah aku??
Andai tugas untuk membela agama malas untuk melaksanakannya,
Tetapi boleh sahaja menontong wayang dan berhibur tanpa batas,
Mengikut kawan menuju kebinasaan,meninggalkan jemaah da'wah terkapai-kapai...

Solehahkah aku??
Andai hati tidak tertaut dengan majlis ilmu,
Mendabik dada dengan ilmu yang cetek dan sesat,
Bukankah majlis ilmu merupakan taman-taman syurga di dunia...

................................................................................................
                                                     
                                  

SOLEHAHKAH AKU??
Mengharapkan pinangan dari lelaki yang soleh tetapi tidak berusaha me'nyoleh'kan diri...andai solat tidak dijaga dan malas untuk berjemaah,bagaimana pula ingin menjadi makmum dengan suami kelak..al-Quran pula jarang sekali ditatap,bagaimana kelak ingin mengajar anak-anak,katanya inginkan anak-anak yang bisa menghafaz al-Quran...mulut pula masih kurang berzikir,bait-bait dari syaitan sentiasa terungkap,bagaimana pula ingin menasihati dan membetulkan perangai anak-anak bila nakal nanti..bagaimana pula ingin memanjakan suami dengan perkataan yang sopan..aurat tidak ditutup dengan sempurna,malas berstoking,tudung yang singkat hingga menampakkan yang tidak sepatutnya,kasihan pada suami kerna haknya telah dilihat orang,patutkah suami mendapat sisa-sisanya...umat islam dipinggirkan,tidak ambil peduli,bagaimana pula dengan keperluan keluarga...sentiasa merungut dengan masalah dan tidak sabar..aduh!!jika dah berumah tangga nanti,semakin banyak badai melanda..bagaimana hendak sabar kelak...hak ibu bapa tidak ditunaikan,jangan salahkan suami andai dia sentiasa memberikan perhatian pada ibunya..jangan cemburu saat itu kerana diri sendiri juga tidak ambil peduli...berda'wah dalam jemaah apatah lagi,katanya sibuk dengan urusan peribadi,bagaimana pula dengan urusan umat Islam yang lain,ingin melihat kemungkaran terus berleluasa,ingin melihat anak sendiri juga mendapat calitnya...majlis ilmu malas untuk pergi,bila dah kurang ilmu,banyak perkara yang jahil,katanya diri ini sahaja yang benar..tetapi andai saat itu,anak-anak berkelakuan tidak baik,jangan disalahkan,jika suami tidak lagi setia pada diri ini...jangan menyesal saat itu!!

Koreksi diri,andai diri ini mendambakan lelaki yang soleh,solehkan dahulu diri sendiri...kerana ibu bapalah yang mencorak anak-anak itu untuk menjadi Yahudi,Majusi atau Nasrani...tetapi perlu diingatkan,mendambakan pasangan yang soleh adalah sebagai wasilah untuk mencapai redha Allah..bukan semata-mata untuk kebahagiaan,tetapi hakikatnya kebahagiaan di akhirat kelak..isteri yang solehah akan menjadi bidadari yang teragung kelak tika di syurga...Subhanallah!peluang itu yang harus kita rebutkan kerna akhirat adalah negeri yang kekal abadi..sementara masih single ini,mari kita perbaiki diri untuk beramal dengan Islam yang sebenar-benarnya..insyaALLAH...^^,

                   

No comments:

Post a Comment