Powered By Blogger

Thursday, November 18, 2010

::...hati berbisik...::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Seinfiniti syukur dipanjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat dan pemberianNya yang mana Allah sendri telah berfirman bahawa hari ini terlalu sedikit hambaNya bersyukur...semoga kite termasuk dalam golongan sedikit itu...
Selawat dan salam buat Rasulullah saw,keluarga Baginda,serta para sahabat...
sekalong doa buat para mujahid yg bertebaran di atas muka bumi utk menegakkan syiar Islam sehinnga kiamat..

Hari ini sehari suntuk,dr pagi ke petang sy berada di masjid UPM utk mendirikan solat sunat eidul adha dan bersama-sama dgn kariah Serdang utk bergotong-royong memasak daging korban..alhamdulillah walaupun xdpt pulg ke rumah,tetapi rase dekat bile bergaul dgn sesama saudaraMuslim..indahnya kurnia Allah...

 Hari ini juga terlalu banyak perkara yg menyesakkan saya di benak fikiran...sahabt2 seperjuangan rmi yg pulag ke rumah,terasa sunyi pula bila mereka tiada disisi...inilah nikmat tautan hati kerna Allah...terasa bile berjauhan,rindu bertamu...cptlah pulang sahabat-sahabatku!!!




Hari sabtu pula exam fizik akan menyusul..masih berusaha utk benar-benar memahami walaupun mmg sukar hakikatnya..mane tidaknya dah lame sgt tgglkan subjek fizik,tibe2 kene stady semula..huhu..tidak apa-apa,susah itu tarbiyah dr Allah...semoga pengorbanan yg dilakukan sampi x pulang berhari raya mendapat imbalan yg berbaloi..insyaAllah A dalam tangan...

Sedang syok-syok stady fizik,terfikir pula tentang tarbiyah Islamiyyah...saya masih membina diri dan menegakkan Islam di dalam diri utk dibawa bersama...terasa dihati bahawa ada  mad'u-mad'u yg sedang menanti saya utk dipimpin bersama-sama...walaupun ilmu di dada masih nipis, ttpi tidak mematahkan semangat dan iltizam utk menyambung rantai perjuangan Rasulullah saw.. bersyukur jua kerana dipertemukan dgn sahabat-sahabat yg masih thabat di jalan dakwah..merekalah yg bnyk memberi tunjuk ajar utk sama-sama mengajak orang lain mengenal Islam...


Saya juga mesti berusaha sehabis mungkin utk menegakkan daulah Islamiyyah..ayuh sahabat-sahabat!!saya juga menyeru kalian utk turut serta dalam perjuangan ini...walaupun ianya pahit,penuh cabaran,mehnah,cacian dan halangan namun itulah yg dikatekan PERJUANGAN!!jika hendak menunggu ilmu di dada setebal kulit buah labu,jawapannya sehingga matilah kita tidak akn berganjak...tugas dakwah ini bukan hanya dipikul pada bahu seorang imam,bilal,ustaz dan ustazah sahaja..tetapi fahamilah bahawa sesiapa yang menyebut kalimah tauhid,maka menjadi tggungjawab kita semua utk menegakkannya...




Jangan hanya sekadar Islam di dalam kad pengenalan,walhal kita tidak berusaha utk menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam secara keseluruhan...Allah juga telah menyeru agar kita beramal dgn Islam secara keseluruhan,tidak boleh beramal dgn separuh-separuh sesuka hati..bukannya bila hendak berpoligami mengikut sunnah, tetapi solat 5 waktu masih terabai..nauzubillah min zalik..

Ayuh kita kenal agama kita,kenal Khaliq kita,Rasul kita dan beramallah...janganlah kita terlalu leka dengan hasutan dan permainan dunia..suka saya ingtkan bahawa kehidupan kita di dunia ini ibarat sedang belayar,,kitalah yg menjadi nakhoda utk memandu kapal, kita sahajalah yg mengetahui destinasi yg dituju..destinasi tersebut ialah AKHIRAT...

Sabda Rasulullah saw : Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir

Oleh itu,saya mengingatkan diri saya dan kalian agar bijaklah menjadi nakhoda agar tidak tersasar dari destinasi...hmmmm...banyak pula ilham dapat pagi2 ni...alhamdulillah...

Sekalian utk kali ini,saya ingin meneruskan jihad saya bersama pena dan kitab fizik...huhu..



 ~sekadar peringatan buat diri yang alpa dan sombong berpijak di bumi Allah~







No comments:

Post a Comment