Powered By Blogger

Monday, January 31, 2011

Umat Islam Bangkit untuk Revolusi!




Suara kebangkitan kian bergema. Itulah ayat yang paling sesuai diungkap untuk menyifatkan apa yang sedang berlaku di negara umat Islam, di Tunisia, Yaman, dan Mesir.

Setelah sekian lama kerajaan thoghut tersebut memerintah mengikut acuan sekular, kini tiba masanya untuk ummat bangkit untuk merobohkan sistem sekular yang tidak mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah. Sebaliknya, sistem sekular yang sedang bernaung itu sentiasa menjulang tinggi musuh Islam, yakni Israel dan Amerika.

Pemimpin-pemimpin sekular itu bukan sahaja menjadi boneka Israel dan Amerika, mereka juga turut menindas rakyat dengan kemiskinan. Tidak cukup dengan itu, pintu sempadan Mesir-Palestin juga pernah ditutup oleh Mesir dengan tujuan tidak membenarkan pelarian Palestin masuk ke dalam Mesir. Sudah jelas lagi bersuluh, mereka ini wajib dijatuhkan kerana bersekongkol dengan musuh-musuh Islam.


Tetapi, kita harus faham. Bukan sahaja pemimpin yang wajib digulingkan. Sebaliknya, sistem pemerintahan juga wajib ditelingkupkan kepada sistem Islam. Sekiranya mereka hanya menukar kerajaan tanpa menukar sistem, samalah seperti atap yang bocor tidak ditukar atapnya. Tetapi memadai dengan menadah air menggunakan timba. Justeru, masalah tetap tidak dapat diselesaikan, dan masalah terus berlaku.

Gelombang kebangkitan ini sudahpun menebar ke tiga buah negara, iaitu Tunisia, Yaman, dan Mesir. Apa yang diharapkan, gelombang kebangkitan ini terus menebar sehingga Amerika dan Israel jatuh tersembam, lantas kekufuran yang melata di muka bumi ini dapat dihentikan dengan tumbangnya kuasa kufur dunia ini.

Justeru, marilah kita bersama-sama berfikir. Adakah kita hanya mengharapkan revolusi di tanah Arab sahaja? Sebaliknya, seluruh bumi umat Islam harus bangkit menentang kezaliman dan kekufuran. Ayuhlah bangkit!

Sesungguhnya janji-janji Allah untuk tertegaknya Khilafah buat kali kedua, sudah dapat dicium bau harumnya. Sinar Islam sudah mulai memancar. Khilafah akan tertegak dalam sedikit sahaja masa lagi!

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. [an-Nur(24):55]





 
sumber : http://soutulmujahid.blogspot.com

3 comments:

  1. betul ke makin hampir?

    perang yang tidak menggunakan sebarang senjata, hanya menggunakan kuda dan pedang masih belum berlaku.

    perang yg menghancurkan senjata moden masih belum berlaku.

    tapi dalam hati dan fikiran saya, terasa bersemngat. seperti kehadiran khalifah utusan Allah yg mndpt petunjukNya semakin hampir dengan kita.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. yup..memang perang yg menggunakan sebarang senjata masih belum berlaku..tetapi dgn mehnah ini,kite dapat membuka mata umat Islam tntg pentingnya khilafah islamiyyah..insyaALLAH,sedikit sebanyak memberi ibrah pada umat Islam..wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. semoga ikhawanul muslimin akan kembali memerintah..semoga islam akan kembali memerintah bumi mesir...insyaAllah..
    ana yakin perjuangan imam hasan Al-Banna x akan pernah sia-sia..

    ReplyDelete