Powered By Blogger

Wednesday, January 12, 2011

Remaja dan Rumah Allah

  
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Apa khabar sahabat sahabiah sekalian??apa khabar iman di hati??apa khabar amal di diri??
Semoga kita semua dilindungi dan mendapat keampunan dari Allah atas segala kekhilafan sebagai hambaNya yang lemah dan semoga Allah jua menerima segala amalan yang telah kita laksanakan sebagai khalifah di atas muka bumi ini...amin Ya Rabb!!


Remaja dan  rumah Allah pada hari ini dilihat begitu sangat-sangat asing jika nak dibandingkan dengan hiburan dan remaja, apatah lagi soal 'couple' dan remaja..ibarat langit dengan bumi..kalau tiada pasangan di usia remaja ini nampaknya seperti orang yg asing di atas muka bumi,pendek kata mcm xsah kalau tiada 'couple'..
Soal masjid or surau ni pula, nampaknya begitu jauh dengan kehidupan remaja zaman sekarang, boleh dikatakan dan kebanyakkannya rumah-rumah Allah ini dimakmurkan oleh orang-orang tua..alhamdulillah,itu tandanya mereka sedang mempersiapkan diri sebelum ajal menjemput...yela,orang dah pencen,nak buat ape lagi dirumah...huhu..

lihat siapakah di saf hadapan...

 Hari ini,remaja terlau leka dengan hiburan di tv,majalah-majalah yg sia-sia siap dihadam,movie2 korea dan hindustan mampu dikhatamkan,tapi kemana perginya masa mereka utk Allah???kalau dihitung,solat 5 waktu pasti belom cukup untuk kita benar-benar menghayati dan mengingati Allah...surau dan masjid semakin sepi tanpa penghuni...berat sangat ke kaki nak melangkah ke rumah Allah???nk tggu hidayah??mana mungkin,kerana hidayah itu perlu dicari bukan dinantikan...kalau foodcourt boleh penuh diwaktu maghrib,bagaimana pula rumah Allah dikala itu???kemana kita melangkah??azan isyak lunak dilaungkan,tetapi tanpa segan silu boleh berdating di luar surau...nauzubillah min zalik!!kemana hilangnya nilai Islam di dalam diri remaja sekarang??inikah golongan yg diharapkan utk memimpin negara??sedangkan diri sendiri masih belom mampu untuk dipimpin..bukannya AJK surau xpernah berusaha dan menjalankan tanggungjawab utk mengajak memakmurkan rumah Allah,tetapi sampai bila kita mahu Allah menanti kita dirumahNya sedangkan telah terlalu bnyak nikmat yg Dia kurniakan sepanjang nafas ini..tetapi terlalu sedikit ruang dan waktu yg kita persembahkan pada Dia..aduh!!!ampunkanlah Ya Allah umat Nabi Muhammad ini...

Jika Rasulullah melihat sendiri bagaimana keadaan remaja Islam pd hari ini,pasti Baginda adalah orang yg paling sedih,tidak kasihankah kita pada Baginda yang telah banyak berkorban utk kita,bagaimana kegusaran di hati Baginda sewaktu ajal menjemput terhadap umatnya hari ini...lidahnya masih basah menyebut UMMATI!!UMMATI!!!UMMATI!! Remaja Islam yg di idam-idamkan adalah bersama-sama menegakkan syiar Islam dan menghidupkan sunnah Rasulullah...tetapi sejauh mana kita telah melaksanakannya...sedangkan solat jemaah di surau adalah fardhu kifayah bg umat Islam,tetapi janganlah kita berharap pada orang lain utk mengimarahkannya,apa salah nya kita bersama-sama bertandang ke rumah Allah...jangan tunggu bila peperiksaan semester menjelma,maka menjelmalah muka kita dirumah Allah...tidak malukah kita pada Allah hatta lebih dari itu, meminta-minta padaNya dirumahNya sedangkan kita jarang sekali menampakkan diri dirumahNya..analoginya,seperti kita ke rumah orang yg tidak dikenali,dan meminta pertolongan dari tuan rumah..pasti tuan rumah berasa berat hati pada kita utk memberi...namun,Allah itu Maha Penyayang,selagi masjid dan surau masih berada dekat dengan kita,ayuh!!berdampinglah denganNya, jika siang kita sibukkan diri dengan menuntut ilmu,ke kuliah, jadi apa salahnya kita luangkan sedikit masa di rumah Allah...

Kepada sahabat sahabiah yang diberikan amanah seperti AJK surau/masjid atau biro kerohanian walau di mana sahaja kalian berada, berusahalah dan jangan berputus asa utk mengajak orang lain datang ke surau atau masjid. Jadilah qudwah hasanah kepada orang lain agar mereka dapat melihat tarbiyyah dari rumah Allah melalui diri kalian,semoga dengan itu dapat menarik orang ramai untuk ke masjid atau surau...Allah juga telah menjanjikan naungan 'arasy di hari akhirat kelak bagi pemuda yang hatinya sentiasa tertaut pada rumah Allah..insyaALLAH ianya menjadi idaman juga buat semua pemuda Muslim diluar sana..aminnn...






Wallahu'alam...
                                                          

No comments:

Post a Comment