Powered By Blogger

Wednesday, January 5, 2011

Pilihan Raya Kampus Awal Februari?

oleh Pro Mahasiswa


Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Putra Malaysia dijangka akan diadakan pada awal bulan Februari iaitu selepas cuti Tahun Baru Cina. Perkara itu telah dimaklumkan oleh seorang ahli MPPUPM ketika dihubungi unit media Pro-Mahasiswa UPM malam tadi.
Menurut MPPUPM tersebut yang juga merupakan salah seorang calon Aspirasi dalam pilihan raya kampus yang lalu, pilihan raya kampus kali ini dijadualkan berlangsung serentak dengan pemilihan bagi MPP di kampus-kampus lain khususnya di sekitar Lembah Klang.
Dalam perkembangan berkaitan, semua Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) dari seluruh IPT dijangka akan berkampung selama 3 hari bermula esok di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pelarasan jadual bagi Pilihan Raya Kampus menjadi agenda utama dalam mesyuarat tersebut.
Pada tahun lalu, Pilihan Raya Kampus dijalankan pada 26 Januari 2010 yang menyaksikan calon Aspirasi yang ditaja Bahagian Hal Ehwal Pelajar berjaya mendominasi kampus.

No comments:

Post a Comment