Powered By Blogger

Saturday, January 1, 2011

Ceritera seorang muslimah 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,manis berdenyut jantungku, manis bisa jari jemari ini menari liang lentuk, Maha Suci Engkau! terlau banyak nikmat yg telah Kau beri padaku..Ya Allah,jauhkan diriku agar tidak kufur dgn segala nikmatMu ini..amin..

Yuk  kita smbung cerita ini memandangkan ada pihak yg ingin mengetahui kisah selanjutnya..banyak ujian yg Allah beri padanya..bagaimana penerimaan keluarganya terhadap perubahan yg berlaku pd dirinya?? Dia tetap kuat, ibunya pernah berkata, "kak,jgn wat tudung labuh sgt..nt org kata taksub pula.." tetapi,dia xpernah hadamkan apa yg ibunya katakan. Ada juga saudara-mara yg lain memanggilnya 'ustazah',namun dia hanya meng'amin'kn apa yg dikatakan org disekelilingnya.Baginya,biarlah bait-bait itu menjadi doa buat dirinya walaupon dia bukan pelajar jurusan agama.Dia mmg pernah bercita-cita utk menjadi ustazah tetapi dia sedar,dia bukanlah pelajar yg layak ke arah itu..

Sambung pasal tudung tadi, memandangkan ahli keluarganya bertindak sedemikian, dia hanya memakai tudung labuh bila berada di luar kawalan keluarganya..di rumah,dia memakai tudung '50 apabila ada urusan di luar rumah..di dalam hatinya,Allah jualah yg tahu betapa rindu bertamu dihatinya utk memakai tudung labuh..huhuhuh...

Ada juga sepupunya yg bertanya pada dia,"sejak bile ko pki tudung labuh ni?", lalu dia menjawab "baru je..." lagi,"ape ae yg membuatkan ko berubah?"...hm,yg ni dia x igt ape jwpan nye,maaf ye...tapi dia pernah mengatakan pd sepupunya yg hatinya terasa lain sejak dh berubah,dan 'rasa' itu terlalu sukar utk diluahkan melainkan perlu berada di posisi yg sama..subhanallah!!manis banget!!manis itu lah nikmat IMAN & ISLAM yg dia peroleh..

Sejak dia menjejakkan kaki ke alam kampus,dia dah buat koleksi tudung labuhnya..disinilah dia dapat melihat satu perubahan pd keluarganya,di mana ibunya telah merestui putrinya..ibunya yg membelikan gunting kain utk buat tudung..alhamdulillah,dia bersyukur ats nikmat itu..malahan,sejak dia bercuti dan duduk di rumah,beberapa tudung dia buat mendapat pujian dr ibunya..kate ibunya,jahitan dia pd tudung nampak kemas dan cantik...alhamdulillah..nah!satu petanda yg baik...sejak dari itu,dia mengambil keputusan utk memakai tudung labuh walaupun berada di samping keluarganya..tiada lagi rasa malu n lemah di dalam dirinya..tetapi dia sedar,betapa kecil imannya kerana dia malu utk menzahirkan sesuatu yg indah sbg seorang muslimah..

Kini,muslimah itu sedang memperbaiki diri dan berusaha untuk mengislahkan orang disekelilingnya..kerana dia telah JATUH CINTA PADA AGAMANYA...cintanya bukan lg pada manusia,kerana dia juga pernah tersungkur pada lelaki yg tidak halal utk dicintai..dia berusaha ke arah kebaikan, kelihatannya Allah sgt memelihara dirinya bila Allah menempatkan dia di dalam usrah, bersama sahabat-sahabat yg solehah..insyaALLAH, dia yakin hidayah menyapa dirinya itu bukanlah milik utk dirinya seorang kerana ada juga insan yg berhak utk peroleh seperti yg dia peroleh..


                                       


Sekian dahulu untuk entry kali ni...insyaALLAH ada kelapangan masa akn saya smbungkan..

Mood: sedih n berat hati nak tgglkan rumah dan mak...semoga Allah pelihara mereka...

No comments:

Post a Comment