Powered By Blogger

Saturday, January 8, 2011

La Tahzan...

Air mata seorang hamba

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.      (3:139)

Saat hati merasa lemah, kudrat tidak lagi gagah, langkah yang selama ini berderap laju,kini menjadi longlai...merasakan tiada siapa untuk mengadu rasa hiba di hati...sahabat yang dahulunya sama-sama bergembira, berkongsi duka, akhirnya semakin jauh...dek kerana termakan hawa nafsu...bukannya maaf tidak pernah terungkap,bukannya empati tidak pernah diberi,bukannya perhatian tidak pernah diberi..tetapi ketahuilah sahabatmu ini tidak selamanya bisa berada disisimu...letakkanlah tali pergantungan hidup kita sepenuhnya pada Sang Khaliq,bukan pada manusia kerna mereka juga akan pergi dan meninggalkanmu kelak...           

Ucapan maaf pernah aku hulurkan,mengapa tidak disambut sebaik mungkin...mengapa sehingga hari ini masih bersisa dihatimu???Bukan niat untuk merungkai kembali kisah itu,sekadar berkongsi bicara,mengapa masih ada yang terasa..berlapang dadalah sahabatku..aku tidak berniat sebegitu...jika kkata-kataku ini telah menghiris hatimu,maafkanlah aku...



    


 YaAllah,Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati hambaMu....
Engkau lembutkanlah hati sahabat-sahabatku...
Aku memohon ampun kepadamu andai diriku tidak bisa menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat-sahabatku...
Engkau pimpinlah hambaMu ini agar setiap langkahku dan tutur bicaraku menjadi berhikmah,bukan lagi menjadi bisa kepada mereka...
Ya Allah,engkau redhailah persahabatan kami...
Engkau jadikanlah ukhwah diantara kami sebagai wasilah kepada kami untuk menggapai redhaMu,bukan kemurkaanMu.......
Engkau jadikan jua ukhwah diantara kami untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w untuk menegakkan agamaMu dan sunnah kekasihMu...
Janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami dengan fitnah dunia dan hasutan syaitan...
Agar persahabatan kami tidak lagi goyah dan semakin kukuh atas dasar keimanan...
Ya Allah,bantulah hambaMu ini mengahadapi mehnah dalam berukhwah...
Kuatkanlah hati hambaMu ini untuk menerima apa jua cabaran dan ujian sebagai tanda kasih kepadaMu...
Kuatkanlah iman hambaMu ini agar sentiasa tegar disamping sahabat-sahabatku...
Bantulah hambaMu ini agar terus menjadi cahaya dan menerangi seluruh alam dengan membawa risalahMu...
Ya Allah,aku menyerahkan segala-galanya padaMu,cukuplah pengharapanku hanya padaMu,bukan lagi pada manusia yang bisa mengecewakanku...


p/s :  Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (7:55)

Friday, January 7, 2011

UPM Tempat Keenam GreenMetric World University Ranking 2010

                      Bangga pula rasa dihati,UPM tetap dihatiku...           



 SERDANG, 3 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) menduduki tangga keenam antara 95 universiti di dunia yang menyertai penarafan GreenMetric World University Ranking 2010 (Green Metric) anjuran Universitas Indonesia baru-baru ini.

UPM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dari Asia yang berjaya menempatkan diri di kalangan 10 universiti terbaik dunia berdasarkan kecemerlangan universiti itu dalam mempromosi kelestarian melalui usaha pemeliharaan alam sekitar dan teknologi hijau.

Penarafan itu mengambil kira komitmen dan usaha UPM untuk memastikan kelestarian dan kehijauan kampus serta alam sekitarnya seperti saiz dan infrastruktur keluasan kawasan hijau serta keefisienan penggunaan tenaga di kampus.

Selain itu ia turut mengambil kira pengadaptasian teknologi hijau, penguatkuasaan polisi lestari serta pengurusan kenderaan dan pengurusan bahan buangan di kawasan kampus.

University of California, Berkeley mengungguli kedudukan pertama, disusuli University of Nottingham United Kingdom pada tempat kedua, York University, Canada di tempat ke tiga sementara tuan rumah, Universitas Indonesia menduduki tempat ke 15.

Antara inisiatif hijau yang dijalankan di UPM ialah program mega tahunan seperti aktiviti penanaman pokok dengan usahasama Mitsubishi Corporation dan program Recycling Rally yang diadakan untuk menggalakkan aktiviti kitar semula dalam kalangan warga kampus.

Jawatankuasa Greenmetric UPM melibatkan usahasama Pejabat Pemasaran dan Komunikasi UPM dan Bahagian Perancangan Korporat UPM dengan disokong oleh Fakulti Pengajian Alam Sekitar UPM, Fakulti Perhutanan UPM dan Pejabat Pembangunan UPM.

Maklumat lanjut berkenaan kedudukan Universiti-universiti dunia dan penarafan UI GreenMetric World University Ranking boleh didapati di laman web penarafan tersebut iaitu http://greenmetric.ui.ac.id/id/page/ranking.
Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat (Mohd. Martin Abdul Kahar), 03-89466013 dan Bahagian Perancangan Korporat (Lt. Muda Mohd Firdaus Bin Zakaria) , 03-8946 6020.

Wednesday, January 5, 2011

Pilihan Raya Kampus Awal Februari?

oleh Pro Mahasiswa


Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Putra Malaysia dijangka akan diadakan pada awal bulan Februari iaitu selepas cuti Tahun Baru Cina. Perkara itu telah dimaklumkan oleh seorang ahli MPPUPM ketika dihubungi unit media Pro-Mahasiswa UPM malam tadi.
Menurut MPPUPM tersebut yang juga merupakan salah seorang calon Aspirasi dalam pilihan raya kampus yang lalu, pilihan raya kampus kali ini dijadualkan berlangsung serentak dengan pemilihan bagi MPP di kampus-kampus lain khususnya di sekitar Lembah Klang.
Dalam perkembangan berkaitan, semua Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) dari seluruh IPT dijangka akan berkampung selama 3 hari bermula esok di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pelarasan jadual bagi Pilihan Raya Kampus menjadi agenda utama dalam mesyuarat tersebut.
Pada tahun lalu, Pilihan Raya Kampus dijalankan pada 26 Januari 2010 yang menyaksikan calon Aspirasi yang ditaja Bahagian Hal Ehwal Pelajar berjaya mendominasi kampus.

Tuesday, January 4, 2011

...Mencari Saat Itu...

           
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hari ini merupakan hari kedua ke kuliah..alhamdulillah,hari pertama pon macam-macam didikan dan teguran dari Allah...walaupun terpaksa meredah hujan di petang hari,naik bus ke fakulti yg dipenuhi dgn hamba-hamba Allah..soal percampuran jantina jangan cakap la..sampai peak hour,mmg akn berhimpit dlm bus...fuhhh!!!harus waspada!!!perlu dijaga dalam semua sudut..

Masa juga dapat dirasakn terlalu sempit..terlalu banyak perkara perlu diuruskan sebagai dai'e,pelajar dan anak..mencari masa utk ulang kaji pelajaran, mencari masa utk menghubungi family kerna mereka juga hati-hati yg saya perlu dekati...mencari masa utk menghabiskan kitab-kitab haraki..mencari masa utk berdamping dgn sahabat-sahabat..mencari masa utk mendekati mad'u-mad'u di kolej n kampus...mencari masa utk musyawarah dan memakmurkan surau kolej semula bersama du'at-du'at yg lain...mencari masa utk update blog utk sahabat maya...juga masa utk bertahajjud bersama kekasih hati di hening malam..

Dimana masa itu???duhai hati,engkau carik lah masa itu utk melunaskan segala tanggungjawabmu...masa utk diri???kononnya nk privacy???sudahlah..tiada masa utk dirimu sendiri...masamu adalah bersama Islam..segala-galanya demi agama...walaupun sedang berasa di dalam dewan kuliah,itu juga masamu utk Islam...utk kepentingan ummah kelak,agar Islam tertegak dgn kemajuan..bukan lg kaum toghut yg menguasainya...

Duhai diri...pujuklah hati dan kudrat mu,penuhilah masa mu tuk agama,tuk dekat padaNya...sungguh!!Dia sedang merencanakan sesuatu utk dirimu...tegar dan ikhlaskan hatimu SEMATA-MATA REDHA ALLAH yg selama ini kau dambakan...bangun!bangun!bangun!demi Islam....berusahalah mencari masa itu...jgn putus asa ya duhai hati kerana putus asa itu adalah sifat orang kafir...engkau adalah muslim...engkau harus berjaya dalam pelajaran juga,sungguh-sungguh dalam da'wah dan sungguh-sungguh juga dalam pelajaran..perlu seiring agar agamamu tidak difitnah...menjadi tauladan buat semua...

 


              ~duhai diri yang tegar,korbankanlah setiap saatmu demi agama,walau dirimu bukan pemula pada perjuangan ini,tetapi janganlah engkau menjadi insan yg mengakhiri perjuangan ini...hidup mulia atau mati syahid..carilah masa itu....

Berjihad dengan masa...
                                                                       

Saturday, January 1, 2011

Ceritera seorang muslimah 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,manis berdenyut jantungku, manis bisa jari jemari ini menari liang lentuk, Maha Suci Engkau! terlau banyak nikmat yg telah Kau beri padaku..Ya Allah,jauhkan diriku agar tidak kufur dgn segala nikmatMu ini..amin..

Yuk  kita smbung cerita ini memandangkan ada pihak yg ingin mengetahui kisah selanjutnya..banyak ujian yg Allah beri padanya..bagaimana penerimaan keluarganya terhadap perubahan yg berlaku pd dirinya?? Dia tetap kuat, ibunya pernah berkata, "kak,jgn wat tudung labuh sgt..nt org kata taksub pula.." tetapi,dia xpernah hadamkan apa yg ibunya katakan. Ada juga saudara-mara yg lain memanggilnya 'ustazah',namun dia hanya meng'amin'kn apa yg dikatakan org disekelilingnya.Baginya,biarlah bait-bait itu menjadi doa buat dirinya walaupon dia bukan pelajar jurusan agama.Dia mmg pernah bercita-cita utk menjadi ustazah tetapi dia sedar,dia bukanlah pelajar yg layak ke arah itu..

Sambung pasal tudung tadi, memandangkan ahli keluarganya bertindak sedemikian, dia hanya memakai tudung labuh bila berada di luar kawalan keluarganya..di rumah,dia memakai tudung '50 apabila ada urusan di luar rumah..di dalam hatinya,Allah jualah yg tahu betapa rindu bertamu dihatinya utk memakai tudung labuh..huhuhuh...

Ada juga sepupunya yg bertanya pada dia,"sejak bile ko pki tudung labuh ni?", lalu dia menjawab "baru je..." lagi,"ape ae yg membuatkan ko berubah?"...hm,yg ni dia x igt ape jwpan nye,maaf ye...tapi dia pernah mengatakan pd sepupunya yg hatinya terasa lain sejak dh berubah,dan 'rasa' itu terlalu sukar utk diluahkan melainkan perlu berada di posisi yg sama..subhanallah!!manis banget!!manis itu lah nikmat IMAN & ISLAM yg dia peroleh..

Sejak dia menjejakkan kaki ke alam kampus,dia dah buat koleksi tudung labuhnya..disinilah dia dapat melihat satu perubahan pd keluarganya,di mana ibunya telah merestui putrinya..ibunya yg membelikan gunting kain utk buat tudung..alhamdulillah,dia bersyukur ats nikmat itu..malahan,sejak dia bercuti dan duduk di rumah,beberapa tudung dia buat mendapat pujian dr ibunya..kate ibunya,jahitan dia pd tudung nampak kemas dan cantik...alhamdulillah..nah!satu petanda yg baik...sejak dari itu,dia mengambil keputusan utk memakai tudung labuh walaupun berada di samping keluarganya..tiada lagi rasa malu n lemah di dalam dirinya..tetapi dia sedar,betapa kecil imannya kerana dia malu utk menzahirkan sesuatu yg indah sbg seorang muslimah..

Kini,muslimah itu sedang memperbaiki diri dan berusaha untuk mengislahkan orang disekelilingnya..kerana dia telah JATUH CINTA PADA AGAMANYA...cintanya bukan lg pada manusia,kerana dia juga pernah tersungkur pada lelaki yg tidak halal utk dicintai..dia berusaha ke arah kebaikan, kelihatannya Allah sgt memelihara dirinya bila Allah menempatkan dia di dalam usrah, bersama sahabat-sahabat yg solehah..insyaALLAH, dia yakin hidayah menyapa dirinya itu bukanlah milik utk dirinya seorang kerana ada juga insan yg berhak utk peroleh seperti yg dia peroleh..


                                       


Sekian dahulu untuk entry kali ni...insyaALLAH ada kelapangan masa akn saya smbungkan..

Mood: sedih n berat hati nak tgglkan rumah dan mak...semoga Allah pelihara mereka...

5 DOA

Dari Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: 

Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya:  
Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi. 

Selanjutnya Baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi. (HR Baihaqi)



  Wallahu'alam                                   

Friday, December 31, 2010

Wanita Acuan Al-Quran

                       

 Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

 
Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh
 

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

 

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
 

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
 

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki
 

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT




Muslimah juga sebagai sayap kiri perjuangan



                                     


Wallahu'alam