straight to the point,untuk sedikit perkongsian...
biasa dengar perkataan USRAH??rukun usrah dah faham??sudah benar hadam??tarbiyyah??ape tu???allergic dengar tarbiyyah..terus miang rasa...
usrah atau lebih dikenali dengan bahasa sekarang, "bulatan gumbira",benarkah gembira bulatan itu?cukupkah sekadar gembira?cukupkah sekadar berbulatan?
nah..tidak cukup sekadar itu teman-teman..salah satu medium untuk pentarbiyyahan adalah melalui USRAH..tidak cukup sekadar kita hadir ke usrah,sekadar memenuhi janji kak naqibah atau abang naqib..sekadar hendak lepas silibus usrah..malah peranan usrah itu melebihi segala-galanya..
kata naqibku,usrah itu bermula selepas tasbih kafarah dan surah al-asr...maksudnya disini adalah pengamalian selepas berbulatan gembira,itulah usrah yang sebenar..berapa ramai yang benar-benar beramal dengan kefahaman yang diperoleh di dalam usrah?tepuk dada tanya iman,cermin diri..
sudah kerap berusrah,tetapi kenapa tiada peningkatan pada jati diri,amalan diri??
Inilah penyakit yang biasa dihidapi oleh orang yang rajin berusrah..its normal,tp kelihatan abnormal pada seorang pejuang agama..kerap berusrah dan memenuhi program-program berbentuk tarbiyyah,tetapi masih di takuk lama..salah satu faktor mengapa ianya menjadi virus yang semakin menular pada aktivis da'wah pada hari ini ialah kerana tidak membawa hati bersama sepanjang usrah dan program tarbawi..masih wujud sikap ego dan sombong,kononya 'aku sudah cukup baik','aku dah cukup tarbiyyah'..ini adalah salah satu penyakit hati yg wujud dalam diri kita..hati yang diselaputi dengan dosa-dosa kecil,maksiat yang dilakukan tanpa sedar dan taubat yang jarang sekali dilakukan untuk menyucikan hatinya kembali..maka jadilah ia cukup sekadar datang ke usrah dan program tarbawi..ilmu itu cahaya,mana mungkin ianya dapat bertapak di dalam hati yang gelap dan kotor..renung-renungkan..
Lagi..cek semula niat..niat naqib dan naqibah utk buat usrah dan juga niat anak-anak usrah..innamal 'amalu binniat..kalau niat sekadar nak lepaskan silibus,maka perolehlah dia sekadar itu sahaja..jika kita diniatkan semata-mata kerana Allah dan utk mentarbiyyah diri dan anak usrah,insyaALLAH akan berjalanlah usrah yang hidup dan ada ruhnya..maka,pasti akan ada perubahan pada diri naqib dan semestinya pada anak usrah itu...tidak cukup sekadar mendapat kefahaman,malah praktikal yang sahih!
Natijahnya,akan lahirlah kader-kader da'wah yang berpotensi untuk sama-sama mendukung perjuangan Islam.selain itu,akan terbinalah mata-mata rantai perjuangan yang subur,penuh iltizam dan bercirikan rabbani..plus,penting juga membina hubungan yang baik bersama anak-anak usrah..tidak cukup membina ukhwah dalam bulatan gembira..perlunya komunikasi yang berterusan melewati batas-batas usrah itu sendiri..naqib dan naqibah rajin-rajinlah keluarkan kredit sikit utk send mesej-mesej peringatan dan kata-kata semangat agar terus berpadu kasih sayang yang telah disemai dalam bulatan gembira itu..kalau malas sangat atau sayang kredit tu,ape guna ada FB sekarang..taglah anak-anak usrah ni dengan pesanan-pesanan yang baik..perlu juga pemantauan pada anak-anak usrah yang kita sedang bina,jangan lepas tangan yakni cukup sekadar dalam bulatan gembira itu tadi..
insyaALLAH..jawapan kepada 'kenapa anak-anak usrah tidak terbina?' sudah tejawab..utk para murabbi,naqib dan naqibah,bersabarlah dalam melalui proses tarbiyyah ini..kalian bukan sekadar mentarbiyyah manusiawi itu sendiri,malam membina diri menjadi mukmin yang lebih baik..pentingnya untuk terus istiqomah melarutkan diri dalam usrah kerana ianya adalah medan utk mencaskan hati,ruh dan jasad agar terus kuat dan tegar dalam menghadapi segala macam ujian dalam jalan da'wah yang cukup panjang ini..
kerana jalan da'wah ni bersifat panjang dan tiada titik putusnya,maka kita memerlukan generasi-generasi pelapis utk memastikan perjuangan Islam ini terus subur dan hidup..maka,tabahkan hati dalam mendidik mutiara-mutiara perjuangan yang sangat bernilai dalam mengisi keperluan kemenangan Islam..
Kefahaman itu dihayati dengan pengabdian diri kepada Allah,membentuk diri menjadi hamba dan khalifah yang tulus kepada Allah,komited dalam meneruskan perjuangan Islam..membina ukhwah bersama agar terus kuat..sehingga tertegaknya kalimah Allah di atas muka bumi ini..pentingnya pembinaan individu muslim itu bermula di dalam sebuah bulatan gembiran..
untuk pengurus tarbiyyah,hayati kata-kata ini..never in comfort zone!
"Jangan tertipu dengan ramainya orang yang kita bawa, atau meriahnya program yang kita anjurkan, tetapi fokuslah pada melihat sejauh mana Islam telah dihayati dalam diri setiap daripada ahli tarbiyah."
suka untuk diri ni berkongsi sedikit ilmu yang tidak sampai setitis air..bukan bermakna diriku cukup baik tetapi cukup sekadar untuk diriku berkongsi berdasarkan sedikit pengalaman cuma..mana yang baik boleh ambil,mana yang tidak baik atau ragu-ragu,lebih baik tinggalkan..diri ini juga sedang membina diri untuk manjadi murabbi yang baik di pandangan Allah dan membina generasi-generasi Islam yang lebih baik.. :)
"Bersama Membangun Bersama Islam"
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment