Powered By Blogger

Tuesday, January 3, 2012

Sabarlah Mujahidku...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Semoga bait-bait ini menjadi harapan dan bukti kepada Si Dia..

Bukan aku tidak mahu menerima lamaranmu, lantaran kerana aku menyedari akan hakikat diriku..terlalu banyak kelemahan dalam diriku yang masih tersimpan,bagaimana mungkin aku bisa menjadi mujahidahmu jika diriku masih lemah..bagaimana mungkin aku bisa menguatkanmu jika diriku masih belum kuat..sungguh,aku masih mencari dan membina kekuatan diriku dengan akhlak Islami..kerana aku tahu,dengan tertegaknya Islam di dalam diriku,maka aku juga mampu untuk menegakkan Islam di dalam bait Muslim + Dakwah + Haraki kita.Bukankah kita mahukan sedemikian?

Untuk pengetahuan dirimu, aku tidak mahu menjadi mujahidah yang hipokrit. Ketahuilah, masih banyak sifat-sifat mazmumah di dalam batang tubuhku ini.. Izinkanlah aku untuk menyucikannya terlebih dahulu agar anak-anak kita tidak terpalit dengan sifat ini. Aku juga semakin merasakan bahawa hatiku ini masih mati kerana terlalu cintakan dunia. Astaghfirullah.. dahulunya, aku merasa manisnya imanku, tetapi semakin hari semakin pudar dan aku tenggelam seketika, namun aku sedar tidak selamanya aku membiarkan hatiku ini hidup dengan kesesatan..maka,aku nekad untuk menghidupkannya semula..untuk pengetahuan dirimu, aku sedang memperbaiki hubungan yang lebih inteam bersama Si Dia..aku harap engkau tidak cemburu..Si Dia lebih aku perlukan saat ini..bukan dirimu.. alhamdulillah,Si Dia membuka jalan bagiku..aku sedang menjahit kembali hati ini agar kembali khusyuk padaNya seperti sebelum ini.. izinkanku aku untuk mengisi segenap ruang di dalam hatiku ini dengan CintaNya.. aku yakin,cinta padamu pasti terbuka ruang juga lantaran cintaNya yang mengizinkan kehadiranmu untuk mengetuk pintu hatiku...



Untuk mujahidku, aku kini sedang sibuk untuk membina diriku dengan sifat-sifat mahmudah..aku berusaha sedaya upaya untuk menjaga mutabaah 'amal diriku..inilah cara untuk menjaga momentum iman di dalam hatiku agar tidak tersungkur semula dalam perjalanan meniti kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi..aku khuatir andai aku benar-benar tersungkur dan terus tenggelam serta tidak mampu bangkit kembali..

Mujahidku, izinkanku aku untuk memberi sumbangan pada saudara-saudaraku kerana aku tidak tahu jaminan apakah yang engkau boleh berikan padaku apabila kita telah bernikah nanti..aku khuatir andai suatu hari nanti engkau tidak mengizinkan aku untuk bergiat aktif dalam lapangan dakwah..aku khuatir andai aku futur di pertengahan jalan..maka, berilah aku sedikit masa untuk memberi manfaat pada agamaku.. atau mampukah engkau untuk menjadi suami kedua pada perhubungan kita? kerana aku lebih memilih suami pertamaku iaitu untuk syahid di jalanNya..ketahuilah,mujahidahmu ini terlau cintakan jalan dakwah, terlau rindukan syahid dan ingin melihat wajah Si Dia di jannahNya kelak..dan ketahuilah,sebenarnya dia tidak mahu sendirian di syurga kelak,mujahidahmu ini ingin bersamamu untuk terus memperjuangkan cinta kita.. kerana bagiku, lebih dari cukup andai Allah memilih kita untuk sama-sama mendiami syurgaNya..kerana hakikat cinta itu lahirnya dari Adam dan Hawa di dalam syurgaNya..

Aku kini sedang bertatih untuk mengejar Si Dia lebih darimu..aku pinta darimu untuk engkau tinggalkan aku seketika,berilah aku sedikit lagi kesempatan untuk aku memperbaiki diriku..dan aku ingin engkau juga memanfaatkan masa dan kesempatan yang ada ini untuk engkau memperbaiki imanmu, memperbaiki amalan dirimu..keran ketahuilah, dunia ini hanya persinggahan dan kita ada hari akhirat untuk kita dihisab oleh pencipta cinta kita..marilah sama-sama kita menegakkan Islam di dalam diri kita terlebih dahulu agar dapat kita sama-sama mentarbiyyah bakal generasi kita dengan wajah Islam yang sebenar.. ketahuilah mujahidku, pernikahan kita adalah jambatan untuk kita membina Daulah islamiyyah yang telah runtuh pada 1924M suatu ketika dahulu.malu rasa dihati andai kita bukanlah tangan-tangan yang bertungkus-lumus untuk sama-sama memenangkan Islam walhal kita sudah sedia maklum bahawa janji Allah itu pasti yang Islam tetap akan menang..

akhir kalam,bersabarlah mujahidku..aku yakin ianya pasti berlaku seiring dengan perjalanan masa dan umur kita..semoga Allah menyatukan hati kita dengan redhaNya..aku yakin pasti berlaku!


No comments:

Post a Comment