Powered By Blogger

Thursday, January 12, 2012

::2 orang tokoh:Murabbi bersifat Rabbani::

"Sebagai manusia, perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk melihat, lalu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk mendengar, lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga kita ada batas, kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, lalu kita gunakan al-Quran sebagai alat bantu untuk kita lihat, dengar dan rasa alam akhirat."


"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan."




"Tugas Jihad Menegakkan Agama Allah ini mestilah dilaksanakan secara berjamaah, iaitu satu ciri penting dalam menunaikannya. Jihad ini bukan sahaja memerlukan keimanan dan pengorbanan , bahkan perlu diwujudkan pengukuhan dan penyusunan anggota yang rapi kerana bagi menyatukan manusia bukan sahaja pada jasadnya, malah yang terpenting ialah penyatuan fikrah, yang diwjudkannya dengan ilmu, iman dan amal."


"Setiap Anggota Mestilah menggabungkan diri dan berintima' dalam saf perjuangan. Dengan intima' ini kita menjadi orang orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti firman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya diguna untuk meingkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardu 'ain dan fardu kifayah."



"Dalam perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan seroang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik), demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah. Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini..."



 "Kasihnya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum dijadikan manusia di bumi. Sepertimana kita yang ingin menerima menantu, kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah, lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba di hari perkahwinan. 

Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba, demikianlah juga kasih Allah SWT bahkan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita kepada bakal menantu..."


"Kita hidup di dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampaii ke akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam mana nak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ni tak pernah fikir tentang akhirat?"


"Kita tentunya lebih mulia dari binatang ternakan. Jika lembu dilepaskan di padang ternak itupun kita tidak lepas saja-saja, pastinya ada rumput yang boleh diragut dan dimakan. Jika lembu pun kita lepaskan di tempat yang ada makanan, demikian juga Allah SWT 'lepaskan' kita di dunia, ada 'makanan' untuk kita iaitu al-Quran. Orang yang menolak al-Quran ialah mereka yang menolak 'makanan rohani' yang telah disediakan oleh Allah SWT."






Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya 'Kewajipan Pemuda Masa Kini' menggariskan 4 perkara utama yang mesti apa pada diri seorang pemuda :-

1- Wajib memahami Islam dengan betul dan tepat.
2- Wajib menjadikan Islam sebagai cara hidup.
3- Wajib menyeru masyarakat kepada Islam.
4- Wajib meletakkan diri dalam gerakan dakwah Islam.

Jika kita telah menemui rakan yang amanah,
Bersegeralah untuk menjadi temannya yang setia,
Janganlah biarkan dia meninggalkan kita,
Percayalah kalam al Rasul صلى الله عليه وسلم 
Bahawa agama kita temanlah pembinanya,
Mengkhianati rakan yang amanah,
Adalah umpama membunuh agama sendiri.

**********************************************************

Assalamualaikum...

sengaja untuk saya kongsikan beberapa tazkirah dan tawjihat yang disampaikan oleh beberapa tokoh berjiwa Rabbani pada pandangan saya..jika ada yang mengatakan saya berpihak kepada mana-mana parti,persilakan..saya tidak gentar..erk..AUKU kan x bagi mahasiswa berpartisipasi dalam arena politik..peduli apa saya dengan AUKU!

bukan perihal AUKU yang nak saya lontarkan,tetapi apakah yang menyebabkan saya menghormati dan mengagumi 2 orang tokoh gerakan Islam ini..kerana mereka BERAMAL dengan ISLAM dengan SEBENAR-BENARNYA..mereka KENAL HUKUM ALLAH DAN TAAT PADA RASULULLAH S.A.W..

perkongsian saya ini bukan untuk mendoktrinkan para pembaca untuk memangkah parti yang mereka sedang perjuangkan,tetapi lihatlah DASAR DAN MATLAMAT yang mereka bawakan..

lihat sahaja,saat beberapa pemimpin hari ini yang segak berkot ala-ala Mat salleh,tetapi mereka masih setia mengenakan jubah dan kopiah..sama sekali tidak terpengaruh dengan fesyen masa kini..saat pemimpin lain selesa duduk di kerusi yang empuk dan ber'air cond',mereka bersama rakyat duduk di lantai, mendekati jiwa para mad'u, mereka juga menjalani kehidupan seperti golongan lain yakni turut merasa susah senang sebagai golongan bawahan..

mungkin bebarapa gambar ini tidak cukup menjelaskan perihal yang cuba saya lontarkan, ape guna FB zaman sekarang..kenali mereka dengan lebih dekat...saya mengagumi mereka kerana ISLAM yang mereka TEGAKKAN DI DALAM SEGENAP RUH DAN JASAD mereka..subhanallah..

mereka juga tidak beramal dengan ISLAM secara nafsi-nafsi(sendiri-sendiri),malah MENGAJAK UMAT ISLAM DI NEGARA KITA khususnya untuk turut bersama KEMBALI KEPADA ISLAM..MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM SECARA KESELURUHAN BUKAN DALAM BEBERAPA PERKARA SAHAJA..

tidak berniat untuk berbicara panjang,saya pulangkan kepada pembaca sekalian untuk memuhasabah diri dan merenungi diri kita sendiri sejauh mana kita mendekati ISLAM selama ini..saya bukanlah orang yang 'alim,tetapi saya mengambil TANGGUNGJAWAB ini untuk mengajak pembaca sekalian..
lihat pada APA YANG SAYA SAMPAIKAN,SEMOGA ALLAH REDHA...

p/s: PRU semakin tiba..ambillah masa dan kesempatan untuk membuat pilihan yang terbaik.. :)

1 comment: