Powered By Blogger

Wednesday, January 11, 2012

Ini Kisahku:Gelora Di Hati Qaniah

Usai maghrib, Qaniah teresak-esak menangis sendirian di kamarnya..mujurlah tiada roommate ketika itu..Qaniah menangis tersedu-sedan..tika menadah tangan kepadaNya,air matanya tidak henti-henti mengalir..apakah yg menyebabkan Qaniah dirundum perasaan yg sebegitu hiba?Dia tertanya-tanya..di ambil lembaran Cinta Allah,lalu dibacanya satu-persatu..Allah..semakin hiba rasanya..


Puas Qaniah mencari asbab apakah yang menyebabkan dia begitu terasa sakit di dalam hatinya..satu-persatu dia memikirkan perjalanan hidupnya sejak kebelakangan ini..sekarang,Qaniah sedang menduduki peperiksaan akhir di universiti..dia begitu bersungguh-sungguh membuat revision pada semester ini..untuk memperbaiki pointernye pada sem sebelumnya,dia sedar dia perlu lebih fokus dalam akademiknya walau sesibuk mana pun gerak kerjanya dalam urusan agama pula..


 Rupanya, Qaniah sedar di dalam hatinya berselirat dengan pelbagai masalah yang begitu mengkhuatirkan dirinya sendiri..semakin lama,beban itu memakan dirinya..usai maghrib, dia melepaskan segala lelahnya..Allahu Allah..Qaniah sebenarnya khuatir akan perihal sahabatnya yg begitu dia kasihi,namanya Tasnim..


Sejak kebelakangan ini,Tasnim mulai berubah..dahulunya,dia sangat menjaga mutabaah amalnya,paling dikagumi oleh Qaniah ialah Tasnim sangat kuat dalam bertahajud pada malam hari.Qaniah sungguh cemburu akan kekuatan yg ada padanya, boleh dikatakan setiap hari Tasnim akan menggagahkan dirinya untuk berdating dengan Allah..perihal aurat pula,dia cukup menjaga..ikhtilat apatah lagi..jarang sekali untuk berbicara jika tiada urusan,Qaniah benar-benar mengagumi sahabatnya itu..Tasnim juga seorang yg genius dalam akademik,Qaniah tahu latar belakang keluarga dan sejarah hitam yg pernah dialami oleh Tasnim..sungguh mengaibkan!terlau besar ujian yang Allah berikan kepada Tasnim,mungkin kerana itulah,Allah telah mengangkat darjatnya menjadi muslimah yang hebat di mata Qaniah..


Sekarang ujian menerpa Tasnim lagi,Qaniah seolah-olah tidak percaya akan perubahan yg terjadi kepada diri Tasnim hari demi hari..Tasnim sudah berani bertepuk tampar dengan lelaki yang bukan mahramnya di khalayak ramai,lebih memilukan lagi apabila kejadian itu berlaku di hadapan mata Qaniah ketika itu..Allah..Qaniah hanya mampu mendiamkan diri dan beristighfar..Qaniah tahu,saat itu bukanlah masa yang sesuai utk dia menegur Tasnim kerana dia sangat2 memahami perangai sahabatnya itu,Boleh jadi Tasnim akan semakin berjauhan kerana Tasnim sukar untuk menerima teguran secara langsung.Perlu memakan sedikit masa.Hatinya terlalu sensitif,jadi Qaniah juga perlu bertindak secara halus dan berhemah demi sekeping hati sahabatnya..


Setiap hari Qaniah memikirkan bagaimana untuk membantu Tasnim dalam pengislahan dirinya agar menjadi seperti Tasnim yang dahulu.Kali ini Qaniah perlu lebih berhati-hati kerana Tasnim telah beberapa kali merajuk dan mendiamkan diri dari Qaniah.Bagi Qaniah,dia telah lali dengan tindakan Tasnim sebegitu.Dia hanya mampu melayan rentak Tasnim dan terus bersabar.Qaniah sedar ketika inilah Allah ingin melihat sejauh mana kesabaran dirinya sebagai da'ie dan keikhlasan hatinya demi satu ukhwah yang didasari dengan keimanan..


Qaniah terus berusaha untuk mendekati Tasnim.Dia mengajak sahabatnya untuk sama-sama mentadabbur al-Quran.Tetapi Tasnim menolak.Diajaknya untuk solat berjemaah di bilik,Tasnim menolak sekali lagi..akhirnya,Qaniah berasa sedih..air matanya tidak henti-henti mengalir mengenangkan Tasnim..satu-persatu da'wahnya ditolak mentah-mentah..ya,bagi Qaniah inilah realitinya apabila ingin menyeru orang melakukan kebaikan..tidak semudah itu mad'unya akan menerima bulat-bulat..apatah lagi Tasnim,hati yang agak degil..degil kerana keegoannya sendiri..melakukan kemungkaran dalam keadaan sedar..sudah tidak merasa berdosa lantaran 'kemanisan' yang cuba dilakukan oleh syaitan.


Jahannam engkau syaitan!engkau pasti bergembira kerana telah berjaya mematahkan iman seorang muslimah!Tetapi ketahuilah,ada lagi seorang muslimah yang tidak akan terus berputus asa untuk memenangi hati orang yang engkau cuba jatuhkan peribadi Muslimnya!


**********************************************


Satu lagi perkara yang menyulitkan hati Qaniah adalah kerinduan pada ayahandanya..telah 7 tahun berlalu ayahnya pergi menyahut seruan Ilahi..sejak kebelakangan ini,hati Qaniah sentiasa menyebut-nyebut ayahnya..bukan kepada manusia lain,tetapi di dalam dirinya sendiri..Allah..Qaniah rindu untuk melihat wajah ayahnya,rindu untuk melihat jasad ayahnya apatah lagi untuk mengucup tangan ayahnya..bilakah saat itu akan kembali?persoalan itu berlegar-legar di benak fikirannya..barangkali di syurga kelak,itu pula lintasan hatinya untuk menyejukkan rindu yang tiada siapa tahu..rindu di hatinya untuk melihat keluarganya bersatu kembali..


kasihan Qaniah..tiada seorang pun yg benar-benar memahani segala isi hatinya..tiada sahabat yang bisa dia kongsikan segala rasanya..kerana dia tahu sahabat-sahabatnya yang lain juga sibuk dengan exam masing-masing..ditambahkan lagi dengan bebanan gerak kerja Islam..Qaniah terus mendiamkan diri tanpa berkongsi dengan orang lain..kepada Allah jualah tempat dia mengadu..


Qaniah berusaha mendekatkan dirinya kepada Sang Khaliq..kerana dia yakin,Allah lebih memahami isi hatinya berbanding  sahabat-sahabatnya yang lain..


Tidak kurang juga bila ada sahabatnya yang lain menunujukkan tanda protes saat Qaniah berdamping dengan orang lain..Allah..mengapa perlu bertindak sedemikian..jauh disudut hati Qaniah,dia 'terasa' dengan tindakan sedemikian..seperti keanak-anakkan pula..Qaniah berlapang dada dan bersangka baik dengannya..mungkin salah Qaniah juga kerana gagal membahagikan masa dengan baik untuk berdamping dengan sahabatnya.Kadang-kadang,Qaniah cuba untuk melarikan diri seketika dari kemelut ini,kerana dia sendiri juga tidak kuat untuk melayan karenah sahabatnya yg lain..Qaniah juga sering sibuk dengan gerak kerja di kampus,wajahnya semakin kurang kelihatan di surau seperti kebiasaanya..begitu juga di kolej..ramai yang menegurnya,"lama tak nampak"..Qaniah hanya mampu tersenyum..terkadang,sering kali sahabat-sahabatnya mempersoalkan hak dan keberadaanya jika kelibat Qaniah tidak nampak di surau mahupun di blok...


******************************************


Qaniah terus bertatih dalam mencari sesuatu demi sahabatnya,demi hatinya sendiri..dan demi gerak kerja Islam yang semakin menjadi rutin dalam diari hidupnya..dia lebih merasa bahagia saat sibuk berdamping dengan urusan agama berbanding untuk melayan keraneh sahabatnya apatah lagi untuk bermain dengan emosinya sendiri..terkadang,dia gagal untuk menguruskan keduanya..Allah..


******************************************
Qaniah..teruskan langkahmu..walau tiada manusia yang memahamimu,yakinlah Allah tetap bersamamu..


pandangan yang mana engkau mahukan??Bukankah Yang Esa Qaniah?Ya Qaniah..pandangan Rabbmu..bukan pandangan manusia..teruskan uasahamu dalam mendekati mad'u-mad'u..bukankah engkau cintakan mereka kerana Allah?bukankah engkau cintakan jalan da'wah?


Maka tiada pilihan lain Qaniah,solusinya engkau kembalikan semula segala gundahmu kepada Penciptamu..di tangan Dialah segala jalan untuk engkau mencari jalan keluar..Dia yang menurunkan bebanan di dalam hatimu,maka Dia jugalah yang mengurniakan petunjuk untukmu..


Tabahlah sekeping hati bernama QANIAH kerana engkau ada DIA di dalam hatimu..................... T_T




Ibnu Athailah berkata :-

"Jika Allah menahan pemberian-Nya pada mu, maka fahamilah bahawa itu adalah suatu (kemuliaan) untuk mu selama kau pertahankan keislaman dan keimanan mu, hingga segenap yang dilakukan Allah kepada diri mu menjadi kurnia kepada mu dan simpanan akhirat mu."






No comments:

Post a Comment