Powered By Blogger

Friday, January 13, 2012

Laungan Tarbiyyah & Da'wah


Tarbiyah bukan untuk orang manja
Tarbiyah bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqo hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam gerakan ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya....


*********************************************************************

Mengapa Tarbiyyah? Mengapa Da'wah?


Melaui proses pentarbiyyahan secara berterusan,maka akan lahirlah pekerja Islam yang sibuk bekerja untuk
da'wah.Pentarbiyyah adalah pendidik.Murabbiku cakap,pengalaman adalah murabbi yang TERBAIK!Mendidik diri untuk menjadi yang lebih baik. Mengislahkan diri. Hijrah.


Tarbiyyah juga boleh dikatakan untuk membina diri.Dari 'ZERO' ke 'HERO'! pelbagai method untuk kita boleh dapati untuk melalui proses pentarbiyyahan secara langsung mahupun tidak.Antaranya,menghadirkan diri ke usrah,mengikuti majlis ilmu di surau atau masjid, melalui pembacaan untuk ketajaman akal, membina kekuatan ruh melalui amalan sunat yang dihayati dengan sepenuh hati.tarbiyyah mestilah menyentuh 3 elemen sbgi Muslim iaitu dari aspek aqidah,ibadah dan akhlak.


Hasil dari ini,maka lahirlah pekerja Islam yang komited,beriltizam dan setia dalam gerak kerja Islam.Bekerja untuk Allah,bukan kerana ikutan manusia.Kerana jika bekerja untuk manusia,andai manusia itu sudah mati,sudah berhenti di persimpangan,maka diri kita dikhuatiri akan mengikut jejaknya.Jika kita ikhlaskan hati kerana Allah di jalan da'wah ini,maka selamanya kita akan yakin dengan matlamat perjuangan kita.


Matlamat: Hidup mulia atau mati syahid. ^^, <my aim>

Kemengan Islam itu sudah PASTI,tetapi PASTIKAN tangan-tangan kita jugalah yang MEMENANGKAN ISLAM!

PERKONGSIAN DARI MURABBIKU:

Tasawwur tarbiyyah bererti gambaran rupa proses perubahan diri melalui penyemaian ilmu dan pengasuhan amal, pembentukan Iman dan pendidikan akhlaq , serta pengukuhan iltizam dan manifestasi pengorbanan ke arah melahirkan al fardul muslim yang bercirikan muslim, mukmin,muttaqi, daie, mujahid dalam penegakan amal Islami.

TARBIYYAH ADALAH KERJA UTAMA AR RASUL S.A.W

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿الجمعة: ٢﴾

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata

OBJEKTIF TARBIYYAH
  1. Mencetuskan kesedaran Islam yang mendalam .
  2. Melahirkan kefahaman Islam yang sebenar.
  3. Menimbulkan rasa tanggung jawab diri terhadap Islam dan perjuangannya.
  4. Mengikat hati dan perasaan terhadap Allah, Ar rasul dan Al Islam.
  5. Melahirkan keperibadian muslim,mukmin,muttaqi,da’ie dan mujahid fi sabilillah.
TARAKIZ TARBIYYAH
Sentuhan tarbiyyah mestilah mennyentuh 4 pusat perubahan dalam diri manusia:
  1. Ruh melalui tarbiyyah ruhiyyah
  2. Aqal melalui ilmu dan fikrah
  3. Qalbu (hati) melalui tahsinul qalb
  4. Ruh melalui tazkiyyah dan mujahadatu nafs
sumber: takwinfardilmuslim.blogspot.com

************************************************

Benarlah,tiada pemisahan antara tarbiyyah dan da'wah..keduanya saling berkait.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya,tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Kentalkan jiwa,kerana jalan ini sungguh panjang..dihidangi dengan onak duri.
Kuatkan semangat,kerana kita berdepan dengan musuh yang penuh dengan strategi.
Beriltizam demi kemenangan Islam,disitulah akan menemui satu kebahagiaan.
Yakinlah,Allah pasti sentiasa ada untuk orang yang sabar dan bergantung diri serta harap hanya padaNya.

Sekian.
Semoga semangatku yang sedikit ini mampu membantu srikandi-srikandi di luar sana.Teruskan langkahmu!Semoga Allah menetapkan hati kita untuk istiqomah!^__^


Pesan Allah;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (QS 2:214)


No comments:

Post a Comment