Monday, April 4, 2011

::hidayah tidak diduga::

Dengan nama Allah Yang Maha Pmeurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah syukur kita panjatkan pada Allah yang Satu,masih lagi bernafas di atas muka bumiNya tanpa sedikit pembayaran yang Dia pinta dengan setiap oksigen yang telah kita hirup..terima kasih ya Allah atas nikmat ini..


hujung minggu lepas merupakan hari yang tidak mudah untuk ana lupakan..satu tranformasi yang telah ana lakukan..biarlah niat itu hanya ditujukan kepada Allah semata-mata..walaupun disisi kampus,peraturannya menghalang pelajarnya untuk memakai sedemikina rupa,tetapi hakikatnya,iman dan kemahuan seseorang mampu menggugah peraturan yang diciptakan oleh manusia jika nak dibandingkan dengan peraturan Allah..


Alhamdulillah,walaupun disudut lain ana diuji dengan mehnah, tetapi ana pun tidak tahu dari mana datangnya satu kekuatan ini untuk ana memakai niqob selama dua hari tersebut..pada mulanya,ana berada didalam dilemma,hati tidak keruan kerana sejak akhir2 ini ana sering berhadapan dengan muslimin dalam beberapa aktiviti dan gerak kerja Islam..rasa tidak tenang apabila berinteraksi dengan mereka walaupun dalam keadaan ramai,tidak berkhalwat ok!huhu..apabila ana pulang, terduduk seketika di dalam bilik memikirkan apakah perasaan yang bertandang di dalam hati ana..beberapa hari juga persoalan ini sentiasa berlegar di benak ana..ana pon mula mencari sesuatu..ana berblog walking untuk mencari kefahaman tentnag pemakainnya..
di FB juga,ana di add oleh seorang ukhti berniqob ke dalam group Niqobis..disitulah,ana memperoleh kefahamn juga dari ukhti-ukhti yang berniqob..rupa-rupanya,dengan situasi ana ini memang sewajarnya untuk ana berniqob..


alhamdulillah,atas bantuan seorang sahabat,ana dapat memegang sehelai niqob pada jumaat malam lepas..ya Allah,saat itu banyak persoalan yang berlegar sedikit sebanyak ada juga rasa happy kerana telah memilikinya..memandangkan ana menjadi AJK untuk satu program di kampus pada hari sabtu dan ahad lepas,ana lantas membuat keputusan untuk memakainya..bagi ana,sampai bila ana harus menahan diri ana untuk memulakan sesuatu yang baik buat diri ana malah untuk kaum adam disekeliling ana..kerana program tersebut terdapatnya percampuran lelaki dan wanita,meyakinkan ana untuk memakainya..alhamdulillah,segalanya terasa mudah..walaupun hakikatnya ana kelihatan begitu asing disana,tetapi ana yakinkan diri ana,inilah yang terbaik buat diri ana,agar hati ini kembali tenang..


memakai niqob merupakan satu amanah yang besar pada ana..banyak perkara perlu dijaga,terutamanya soal ikhtilat dengan ajnabi..persepsi manusia di akhir zaman ini,andai seorang muslimah berniqob itu melakukan sesuatu kesalahan yang kecil,tetapi dimata orang lain itulah kesalahan yang terbesar dan sangat salah gila-gila..hm,pada ana memakai niqob juga dapat mendidik ana menjadi muslimah yang lebih baik,sentiasa menjaga diri dalam segenap sudut,dan apa yang lebih ana rasakan berbanding dengan sebelum ini ialah terasa semakin dekat dengan Allah..ye,terlalu sukar untuk ana menzahirkan rasa ini,,pendek kata,kene try sendiri perbezaanya..berinteraksi dengan muslimin juga terasa mudah kerana ada hijab yang memelihara kita, tetapi di dalam hati masih terasa malu yang menebal pada muslimin..moga malu ini tidak akan hilang selamanya,...
barulah ana terasa tenang dan tiada lagi perasaan yang sering menghambat hati ana..rupa-rupanya,iman di dalam diri ini meminta untuk dihijabkan oleh ajnabi..=)


Sungguh,sehingga sekarang,ana masih tidak menyangka dengan tindakan ana yang drastik itu..huhu..semoga Allah terus memberi kekuatan pada ana untuk memakainya..pemakaian niqob ini juga bergantung pada individu dan situasi,hukumnya boleh berubah mengikut keadaan..jika parent kita menghalang dari memakainya,maka perlulah kita menanggalkannya kerana memakainya adalah sunnah dan mentaati parent adalah wajib,,maka wajib perlu diutamakan!dengan peraturan di kampus yang tidak mengizinkan ana untuk terus memakainya ke kuliah,jadi ana memilih untuk memakainya apabila ke program yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita..insyaALLAH,selepas bergraduat nanti, diizinkan oleh ibu ana untuk terus memakainya...semoga Allah memegang hati ana dan memimpin segala tindakan ana..


buat muslimah di luar sana,yakinlah dengan tindakan antunna,,sesuatu yang baik tidak perlu dilengahkan..pemakaian niqob ini adalah pendirian seseorang,jika kalian merasai apa yang ana telah rasai sebelum ini, niqoblah jalannya..mungkin kerana ana aktif dengan mengahadiri program2 islamic di kampus dan menjadi AJK,mengizinkan ana untuk memakainya agar hati ana tenang..


Ya Allah,aku memohon padamu agar Kau tetapkan hatiku untuk terus memakainya sebagai pelingdung iman dan diriku...tetapkan hatiku dengan agamaMu..jadikanlah amal ku ini juga sebagai pelingdung kepada muslimin diluar sana agar mereka juga dapat memelihara iman dan pandangan mereka,kerana apa yang aku khuatari adalah pintu fitnah..dan pintu itu dibuka oleh diriku,bukan dirinya..semoga dengan amal ku ini juga dapat aku teruskan perjuangan dalam jalan da'wah agar tidak terhenti..

                                                  

3 comments:

  1. alhamdulillah....:-)

    tersentuh sy tgk gmbr kat ats...huhu...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, ya ukhti, mabruk ya ukht!! ana nak mengikut jejak langkah enti! doakan ana jugak! menitis air mata ana, bagaikan apa yang ana hajati selama ini dimakbulkan Allah dengan mendengar cerita ukht!teruskan bermujahadah!

    doakan ana cepat-cepat berniqob jugak!

    ReplyDelete