Powered By Blogger

Friday, September 30, 2011

i'm back!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah...setelah sekian lama ana meninggalkan blog ini tanpa penghuni..mungkin sudah tiada pengunjung yang sudi untuk menatapnya..huhu..akibat kekangan masa,mungkin juga kerana kegagalan untuk ana mengatur tugas-tugas dan komitmen lain,maka benarlah ianya menjadi laman sesawang tanpa tuannya...

Entry ini sekadar ingin memansakan enjin terlebih dahulu..memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali bergiat aktif dalam blogging..walaupun ilmu tidak setinggi mana..huhu...cukup apa yang ada sebagai perkongsian,da'wah tetap akan berjalan tanpa henti..hakikatnya DA'WAH ITU BUKAN JALAN MUDAH..
tetapi akan ana usahakan juga selagi masih ada kudrat yang beri......akan ana usahakan juga untuk memastikan blog ni akan diisi,dan insyaALLAH masih dalam usaha untuk menampilkan wajah baru jika berkesempatan..

Semoga Allah mengembalikan kekuatan kepada ana untuk kembali melakar segala yang bermanfaat untuk dikongsi...sekian,kita akan berjumpa lagi..insyaALLAH..nantikan kemunculan selepas ini..^__^




Sunday, July 10, 2011

A Day To Remember : Bersih 2-0

ramainye..rasenye lebih dr bilangan yg polis kira...



sebelum DAI masuk hospital

semua bersatu~


Goll!!!


orang cina pegang speaker, orag islam berdoa..hebat!!



tiada unsur racist,segalanya utk keadilan...

seronok melihat semangat mereka
ayuh!!reformasi...
 
dihadapan KLCC,mungkin ada sahabat ana dalam ramai2 ni..hehe

walaupun dah tua,tapi tetap bersemangat utk generasinya..

solat tetap didirikan,memohon kepada Allah

Presiden Pas ditahan..alhamdulillah,sekarang sudah dibebaskan
                                           
gelombang Patriot pon tidak kurang hebatnya!!
tindakan pihak polis..lihatlah sendiri...
difahamkan ramai terkandas di KTM kuala lumpur..
haiyak!!!ada yang datang membantu!!
gas pemedih mata hingga mengorbankan 2 orang..

anak muda mula bangkit!!
FRU!!hahaha..terbaiklah..ikut arahan katanya~
Bersihkan hati~
Bersihkan pemikiran~
Bijaklah menilai~
Letakkan kebenaran di tempat yang pertama dan utama~

Bersifat adil untuk menilai apa yang berlaku...
Pasti ada hikmah mengapa Allah izinkan peristiwa ini untuk berlaku..
Mungkin suatu transformasi untuk ummah...

Duhai pemimpin,jadilah dikau pemimpin mengikut acuan al-Quran dan sunnah,bukan bertindak mengikut hawa nafsu,bukan untuk kepentingan mane-mane pihak..
Bertanggungjawablah atas segala tindak- tanduk yang telah kalian lakukan pada rakyat...
Kelak segalanya akan dipertontonkan di padang masyar kelak..

Untuk ummat Islam,bersatulah..
Tiada gunanya kita hendak berbalah-balah,memenangkan mana-mana puak..
Tetapi biarlah kita memenangkan agama Allah..
Kunci untuk kita bersatu hanyalah satu yakni IMAN!!!
Berdirilah di saf yang sama agar semuanya aman,perpaduan dapat dicapai...
Jangan mudah terpedaya dengan segala kemewahan yang telah engkau kecapi..
Hakikatnya rezeki itu dikurniakan oleh Allah,bukan mana-mana pihak..
Berubahlah wahai saudara-saudaraku...
Anak cucu kita memerlukan keamanan,tetapi keamanan yang bagaimana??
Tiada guna kita melaungkan perpaduan,tetapi hakikatnya agama tergadai..
Mungkin hari ini,zahirnya kita tampak aman dan bersatu-padu..
Tetapi tepuk dada kita,adakah hati kita aman??adakah iman kita aman??
Paling penting, adakah kehidupan kita setelah dibangkitkan kelak akan aman??
Amankanlah agama Islam,pasti yang lain akan menyusul..


ISLAM FOR ALL!!!!

                                

Wednesday, June 29, 2011

At this moment

“Among the most beloved of people to Allah is the one who is most helpful.” 


“Among the most beloved deed to Allah is making a Muslim happy.”



“Among the most beloved of people to Allah are those who have the best attitudes.” 




“Beware of this world, for it is sweet and tempting.” 


“Control your tongue.” 



“Give back the things you have been entrusted with to the person who entrusted them to you.” 


Sunday, June 26, 2011

Rendahkan hati, Tinggikan iman

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia



Jika diamati bait-bait lagu di atas, boleh menitis air mata.Tetapi, biarlah air mata taubat yang mengalir kerana takutkan azab Allah.Bersyukurlah kerana Allah masih mencampakkan 'rasa' itu nun di dalam hati kita. Entah hati kita sudah ternoda, mungkin sukar untuk menerima hidayah itu. Semoga air mata yang mengalir menjadi pemadam api neraka kelak...

Sesiapa yang mengaku dirinya sebagai dai'e haruslah sentiasa memperbaharui iman dan sentiasa bertaubat padaNya.Mungkin golongan ini banyak bercakap lebih dari melakukan apa yang diperkatakan. Tidak dinafikan,bukan mudah untuk meraih cinta Allah melalui lapangan da'wah dan jihad,sering kali tersungkur tetapi dengan kefahaman untuk mencapai matlamat mardhatillah pasti dapat membantu golongan ini. Jika dilihat dengan situasi Islam pada hari ini, boleh jadi pendukung Islam ini akan merasa berputus asa.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (QS 39:53)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(QS 61:3)

Golongan pendokong Allah ini sering berperang dengan dirinya sendiri. Kekuatan iman dari panduan al-Quran dan sunnah menjadi tunjang untuk mengembalikan mereka ke jalan perjuangan. Perjuangan ini berbekalkan kefahaman yang jelas bukan kerana semangat semata-mata. Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w mentarbiyyah sahabat-sahabatnya dengan akidah yang kukuh dan menjadikan matlamat kehidupan semata-mata kerana Allah bukan kerana pandangan manusia.

Raihlah cinta Allah dengan mencari wasilah yang terbaik. Sentiasa perbaiki diri untuk memimpin diri dan orang di sekeliling kita. Allah telah memberi pilihan dalam kehidupan kita.Tetapi akal dan iman yang bertindak untuk memilih jalan yang terbaik

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (QS 2:168)



Wanita yang aduannya didengari Allah

Wanita Sahabiyah yang fasih dan pandai ini pernah menghentikan perjalanan Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a. Wanita ini bernama Khaulah binti Tsa’labah, ia berkata, “Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.
Akan tetapi Jarud Al Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, “Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan aduannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. “
Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”

Sunday, June 19, 2011

BERSIH 2.0


SHAH ALAM 18 JUN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya.

Malah Mohd Yusof berkata, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah SPR dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama pada tahun 2007 yang lalu.

Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak.

Sehubungan itulah, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak. Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri ABdul Aziz Yusof menegaskan pihaknya akan menutup pintu rundingan kepada penganjur BERSIH 2.0 berikutan pihaknya telah memberi ruang itu sebelum ini. Abdul Aziz juga berkata pihaknya telah melakukan beberapa perubahan kearah pilihan raya yang lebih baik.

Bagaimanapun Mohd Yusof ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sehingga kini tiada apa- apa perubahan yang dilakukan SPR dan salahlaku pilihan raya terus berleluasa.

“Sebelum inipun terdapat tuntutan yang dibuat oleh Bersih tetapi banyak yang tidak dilaksanakan. Yang jadi persoalan sekarang ini tuntutan yang lepas itu belum dilaksanakan sebab itu bagi saya tuntutan itu akan dibuat sekali lagi untuk desak SPR ini supaya serius dengan pandangan daripada masyarakat atau rakyat.

Mohd Yusof juga membidas kenyataan Abdul Aziz yang mengutuk himpunan aman itu dan angkuh berkata, refrendum rakyat untuk kali kedua pada 9 Julai ini tidak akan sesekali mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang sedia ada.

“Demonstrasi satu cara yang saya rasakan perhimpunan yang mengumpulkan masyarakat dalam masa yang sama untuk kita nyatakan satu pandangan atau satu kenyataan utuk kita perbetulkan atau kita perbaiki sistem kerajaan yang ada iaitu seperti SPR dan sebagainya,” katanya.

Wednesday, June 15, 2011

i need TARBIYYAH



Alhamdulillah wa syukrulillah....
Setelah sekian lama,di kesempatan waktu yang Allah izinkan dapat juga ana coretkan untuk tatapan.. 
Cuti yang terlalu panjang...khuatir diri ini akan lemah dalam pandanganNya..
memerlukan bi'ah (suasana) yang boleh memberi konsistensi dalam menyemai benih-benih cinta dan perjuangan kepadaNya..
kekadang hati menangis,kekadang hati merintih...namun...
Diri ini harus bangkit!!melawan nafs yang setiap saat mencucuk hati agar lalai kepadaNya dan lupa akan perjuangan............
InsyaALLAH hujung minggu ini akan ana isi masa,ruh dan jasad ana dengan program Ijtima' Tarbawi..
semoga dengan kesempatan ini ALLAH memberikan ana seribu ibrah yang akan ana kutip sebagai cermin dalam melayari kehidupan dan perjuangan terutamanya...insyaALLAH...





sampaikan aku kesana ya ALLAH dalam redhaMU....

        Di mana bumi dipijak,di situ ISLAM dijunjung..........ALLAHUAKBAR.....bertasbihlah dengan nama Pencipta kita...............=)      in oleh beliau “Kerana Allah Dan Rasulnya Aku Berjuang”.