Powered By Blogger

Sunday, June 19, 2011

BERSIH 2.0


SHAH ALAM 18 JUN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya.

Malah Mohd Yusof berkata, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah SPR dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama pada tahun 2007 yang lalu.

Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak.

Sehubungan itulah, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak. Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri ABdul Aziz Yusof menegaskan pihaknya akan menutup pintu rundingan kepada penganjur BERSIH 2.0 berikutan pihaknya telah memberi ruang itu sebelum ini. Abdul Aziz juga berkata pihaknya telah melakukan beberapa perubahan kearah pilihan raya yang lebih baik.

Bagaimanapun Mohd Yusof ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sehingga kini tiada apa- apa perubahan yang dilakukan SPR dan salahlaku pilihan raya terus berleluasa.

“Sebelum inipun terdapat tuntutan yang dibuat oleh Bersih tetapi banyak yang tidak dilaksanakan. Yang jadi persoalan sekarang ini tuntutan yang lepas itu belum dilaksanakan sebab itu bagi saya tuntutan itu akan dibuat sekali lagi untuk desak SPR ini supaya serius dengan pandangan daripada masyarakat atau rakyat.

Mohd Yusof juga membidas kenyataan Abdul Aziz yang mengutuk himpunan aman itu dan angkuh berkata, refrendum rakyat untuk kali kedua pada 9 Julai ini tidak akan sesekali mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang sedia ada.

“Demonstrasi satu cara yang saya rasakan perhimpunan yang mengumpulkan masyarakat dalam masa yang sama untuk kita nyatakan satu pandangan atau satu kenyataan utuk kita perbetulkan atau kita perbaiki sistem kerajaan yang ada iaitu seperti SPR dan sebagainya,” katanya.

Wednesday, June 15, 2011

i need TARBIYYAH



Alhamdulillah wa syukrulillah....
Setelah sekian lama,di kesempatan waktu yang Allah izinkan dapat juga ana coretkan untuk tatapan.. 
Cuti yang terlalu panjang...khuatir diri ini akan lemah dalam pandanganNya..
memerlukan bi'ah (suasana) yang boleh memberi konsistensi dalam menyemai benih-benih cinta dan perjuangan kepadaNya..
kekadang hati menangis,kekadang hati merintih...namun...
Diri ini harus bangkit!!melawan nafs yang setiap saat mencucuk hati agar lalai kepadaNya dan lupa akan perjuangan............
InsyaALLAH hujung minggu ini akan ana isi masa,ruh dan jasad ana dengan program Ijtima' Tarbawi..
semoga dengan kesempatan ini ALLAH memberikan ana seribu ibrah yang akan ana kutip sebagai cermin dalam melayari kehidupan dan perjuangan terutamanya...insyaALLAH...





sampaikan aku kesana ya ALLAH dalam redhaMU....

        Di mana bumi dipijak,di situ ISLAM dijunjung..........ALLAHUAKBAR.....bertasbihlah dengan nama Pencipta kita...............=)      in oleh beliau “Kerana Allah Dan Rasulnya Aku Berjuang”.

Tuesday, June 14, 2011

SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI.

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama
sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW. 

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:

"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.






Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).

1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...


Wallahu'alam....



sumber : http://www.khairolmunif.net

Thursday, April 21, 2011

Jangan Lari Dari Ujian Kehidupan

                
Setelah sibuk menjalani pelbagai aktiviti, sudah tiba masanya untuk fokus 100% pada exam untuk semester ini. Terasa begitu pantas masa berlalu. Ana mengambil keputusan untuk ber'stady week' di rumah sahaja. Inginkan ketenangan, tetapi natijahnya, ujian itu datangnya dari Allah..larilah sejauh mana, menyoroklah dalam ceruk mana sekalipun, tetapi Allah itu Maha Melihat setiap gerak geri hamba-hambaNya..tidak dapat tidak,perlu dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketabahan.. =)

Ingin ana kongsikan jadual peperiksaan ana:

      25/4 - prinsip pengurusan
      26/4 - organic chemistry
      28/4 - basic of microbiology
      29/4 - hubungan etnik
        4/5 - general writing skills
        5/5 - principle of food engineering

Allahuakbar..6 subjek perlu ana hadapi semester ini..bukan senang,bukan mudah..tetapi, Allah itu Maha Memudahkan, hanya pada Dia sahajalah tempat kita mengadu segala kesulitan dan kesusahan dalam melewati hari-hari peperiksaan. Walaupun ujian dalam belajar bakal tamat pada 5 mei, itu tidak bermakna terhentinya ujian dalam kehidupan, tetapi hakikatnya masih ada UJIAN DALAM KEHIDUPAN..lantas, kemana lagi perlu kita kemudikan langkah kita?? Hanya kematian yang bisa menjadi titik noktah untuk kita memilih lari dalam ujian kehidupan.. tetapi,wajarkah kita untuk memilih kematian?? Tepuk dada, tanya iman..Sudah bersedia??Sudah cukup bekalan kita untuk menghadapi??



وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."[Al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
[Al-Dhariyat : 56]


Kita punya misi kenapa kita diciptakan di atas muka bumi ini. Oleh itu, setelah exam habis nanti, ana masih berkira-kira dengan masa ana nanti..cuti selama hampir 4 bulan, terlalu panjang waktu rehat yang diberikan.. tetapi sebagai khalifah di atas muka bumi ini, ana akan berusaha untuk memanfaatkan setiap masa yang akan datang.Masih dalam perancangan, akan diadakan kem berbentuk kerohanian, progran bersama adik-adik junior di sekolah lama ana, dan ingin menghabiskan masa selebihnya di madrasah Kg. Baru untuk menambah ilmu pengetahuan agama. InsyaALLAH, semoga Allah permudahkan urusanku..amin...

Sampai disini sahaja dulu..mohon doa dari kalian untuk ana menghadapi hari-hari peperiksaan yang akan menjelang tiba...semoga Allah permudahkan untuk menjawab peperiksaan..dan kepada sahabat sahabiah yang juga akan mengahadapi peperiksaan, semoga dipermudahkan juga.. semoga apa yang kita belajar dan peperiksaan yang kita hadapi ini adalah kerana Allah dan untuk kepentingan ummah,bukan untuk kepentingan diri sendiri..semoga Allah memandang kita dengan usaha kita ini sebagai wasilah mencapai redhaNya..

wallahu'alam... (*-*)


                                                          

Thursday, April 14, 2011

Nukilan Cinta Untuk Mujahidahku


Siapakah dia??akan aku terus menanti duhai mujahidku...

Nukilan Cinta untuk mujahidahku

Kelmarin aku bertekad
Bahawa perjuangan ini akan sia-sia
Jika kau tidak pernah disampingku
Pada usia aku yang memerlukan
Kelahiran yang akan mewarisi perjuangan ini

Hari ini , masih tidak kita bersama
Sementelah masa yang belum munculnya takdir
Sedangkan aku berusaha sesungguhnya
Sebagaimana ikrarku dihadapan walimu kelmarin

Sebelum hadirnya hari penyatuan
Sepasang daie yang menginfakkan diri untuk berjihad
Ke jalan Tuhan Rabbul Izzati
Menuju ke perbatasan perjuangan yang hakiki

Ingin aku nukilkan ingatan
Agar terpahat kukuh dihati sanubarimu
Mujahidahku

Bilamana engkau memerlukan aku
Tatkala sakit demammu
Janganlah kau mengharapkan aku membelaimu
Seperti anak kecil
Kerana masa juangku tidak menentu

Bilamana anak-anakmu kelaparan
Tatkala engkau tiada sesuatu
Yang dapat aku berikan
Janganlah kau terlalu mengharapkan
Kerana hartaku telah aku infakkan
Kepada perjuangan yang lebih memerlukan

Bilamana engkau inginkan perhiasan
Sebagaimana fitrahmu sebagai seorang wanita
Janganlah kau memarahi aku
Kerana kalung emasmu telah kuberikan
Kepada si fakir yang menuntut haknya sebentar tadi

Bilamana aku keluar ke perbatasan
Janganlah kau merintih dan bersedih
Ucapkanlah kepadaku
Agar janganlah aku pulang kerana mengingati dirimu
Aama ada aku pulang dengan kemenangan
Ataupun syahid gugur di jalan-Nya

Bilamana engkau ingin berlibur
Bersama sanak-sanudara dan teman-teman
Janganlah kau mengandaikan masa itu berada ditanganku
Kerana panggilan jihad itu tiada waktu ketetapan

Bilamana engkau memandang kesenangan dunia
Berhati-harilah dengan tipu daya syaitan
Yang meresap bersama pujuk rayumu kepadaku
Bersedialah nescaya aku tidak mampu lagi
Tinggal bersama-sama dengan dirimu

Untuk itu,

Wahai mujahidahku
Tatkala engkau berasa lemah dan sakit
Akulah yang akan menggendongmu
Sehingga engkau pulih dan segar

Tatkala engkau lapar dan dahaga
Akulah yang akan mencicip rezeki
Di Bumi Allah ini

Tatkala keperluan waris-warisku
Akulah yang akan memerah keringat
Berusaha dengan penuh Yakin
Akan janji-janji Yang Maha Pemurah dan Pengasih

Tatkala Allah memberikan masa lapang
Ukhwah & Mahabbah sanak-saudara
Lebih aku utamakan dari masa rehatku

Tatkala engkau ingin berhias
Akulah satu-satunya insan yang bertuah
Kerana hanya aku sahaja yang layak menikmatinya

Mujahidahku

Tatkala aku tergelincir
Akibat Muslihat dunia
Engkaulah yang berhak
menarikku ke landasan yang benar.

Untuk itu

Mujahidahku

Engkaulah yang akan memimpin bidadari
Tatkala Allah membayar maharmu
yang tidak dijanjikan di dunia yang fana

Permudahkanlah Ya allah
Engkaulah Ya Allah yang mempermudahkan sesuatu
Kerana Kami makhluk yang hina sebagai hamba
Menurut perintah-Mu , Meninggalkan larangan-Mu

Permudahkanlah Ya allah
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Artikel Asal : Ibnu Rahman
Sumber Asal :http://u-jam.blogspot.com/2011/04/nukilan-cinta-untuk-mujahidahku.html








Thursday, April 7, 2011

::Kejujuran Itu Memerdekakan Dan Menenangkan::

Kehidupan pasti tidak akan pernah lepas dari cobaan dan godaan. Setiap hari merupakan ajang kejuaraan untuk menentukan siapa yang kalah dan yang menang. Ya, itulah pertarungan kita melawan setan dan hawa nafsu. Dan pastinya, ketika semua itu berujung pada sebuah akhir. Siapapun pemenangnya nanti, maka kebahagiaan pasti akan dituainya.
Salah satu "penyakit" pemberat kehidupan langkah dan jiwa manusia adalah kebohongan.Sedangkan pengobat dari semua itu tidak lain adalah kejujuran. Dan menjadi jujur bukanlah sebuah pilihan, tapi memanglah menjadi hal yang harus dipilih. Ketika seseorang berada dalam posisi jujur, maka jiwanya akan terasa merdeka, walaupun raganya berada dalam jeruji besi. kebebasannya akan sangat melegakannya dan meluaskan dunia dan pikirannya.
...Menjadi jujur bukanlah sebuah pilihan, tapi memanglah menjadi hal yang harus dipilih. Ketika seseorang berada dalam kejujuran, maka jiwanya akan terasa merdeka, walaupun raganya berada dalam jeruji besi. kebebasan jiwanya itu akan sangat melegakannya dan meluaskan dunia dan pikirannya...
Sebaliknya, seorang pembohong dan atau orang yang memenuhi kehidupannya dengan kebohongan, maka akan merasa terpenjara dalam sempitnya dunia yang dibuatnya sendiri. Bahkan untuk menghirup nafaspun merupakan sesuatu yang sangat menyesakkannya. Memang tidaklah berlebihan untuk menggambarkan bahwa memang seperti itulah hidup orang orang yang menanggung "beban" kebohongan dalam hidupnya. Betapa tidak, setiap detik hanya difokuskannya untuk mencari sejuta alasan untuk menutupi dan membuat kebohongan selanjutnya. Benar- benar lingkaran setan yang tiada akhir.
Memenuhi hidup dengan sebuah kebohongan, juga berarti memperbodoh orang lain dan menjadikan diri kita seseorang yang tidak pintar. Mengapa begitu?. Bukankah Allah Subhana Wata'ala maha melihat dan mendengar apapun yang kita lakukan, bahkan tentang hal yang hanya tersirat dalam hati saja. Lalu mengapa kita masih bersandiwara dengan seribu satu alasan untuk menjadikan diri kita menjadi pribadi yang benar. Apa ridho dan kesenangan manusia yang kita harapkan? lalu bagaimana dengan Keridhoan Allah? apakah lebih utama dari semua itu?
...Bukankah Allah Subhana Wata'ala maha melihat dan mendengar apapun yang kita lakukan, bahkan tentang hal yang hanya tersirat dalam hati saja. Lalu mengapa kita masih bersandiwara dengan seribu satu alasan untuk menjadikan diri kita menjadi pribadi yang benar dihadapan manusia...
Menjadikan dunia ini luas dalam hati dan pikiran dengan perantara sebuah kejujuran memang tidaklah mudah, namun memang begitulah adanya, hanya kebenaran dan kejujuran yang begitu sangat mendamaikan, sesuatu yang tidak akan terukur dan terbeli dengan materi apapun.

Bagi siapapun yang sekarang masih hidup dalam kebohongan yang menyesakkan, maka merdekakan jiwa anda dengan sebuah kejujuran betapapun pahitnya untuk memulai semua itu. Namun percayalah, InsyaAllah waktu akan mengobati rasa sakitnya. Tahukah anda, bahwa dengan kejujuran itu, anda akan memuliakan diri anda sendiri, walaupun diawalnya terlihat sangat bersalah. Namun dengan keteguhan mengakui sebagai "tersangka" utama, anda kini telah muncul sebagai seseorang yang luar biasa karena berani mengakui kesalahan, sesuatu yang jarang dilakukan kebanyakan orang biasa.
...Kejujuran menjadikan anda sebagai seseorang yang luar biasa karena berani mengakui kesalahan, sesuatu yang jarang dilakukan kebanyakan orang biasa...
Ya, pertarungan kita melawan setan dan hawa nafsu pasti berujung pada sebuah akhir, dan siapapun pemenangnya nanti, maka kebahagiaan pasti akan dituainya. Tapi kemudian satu pertanyaan yang muncul, apa iya kita mau menjadikan diri kita sebagai obyek pembahagia setan? Sedangkan dengan jelas Allah Subhanahu Wata'ala telah menjelaskan bahwa mereka adalah musuh yang nyata bagi kita...