Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Jika diamati bait-bait lagu di atas, boleh menitis air mata.Tetapi, biarlah air mata taubat yang mengalir kerana takutkan azab Allah.Bersyukurlah kerana Allah masih mencampakkan 'rasa' itu nun di dalam hati kita. Entah hati kita sudah ternoda, mungkin sukar untuk menerima hidayah itu. Semoga air mata yang mengalir menjadi pemadam api neraka kelak...
Sesiapa yang mengaku dirinya sebagai dai'e haruslah sentiasa memperbaharui iman dan sentiasa bertaubat padaNya.Mungkin golongan ini banyak bercakap lebih dari melakukan apa yang diperkatakan. Tidak dinafikan,bukan mudah untuk meraih cinta Allah melalui lapangan da'wah dan jihad,sering kali tersungkur tetapi dengan kefahaman untuk mencapai matlamat mardhatillah pasti dapat membantu golongan ini. Jika dilihat dengan situasi Islam pada hari ini, boleh jadi pendukung Islam ini akan merasa berputus asa.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (QS 39:53)
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(QS 61:3)
Golongan pendokong Allah ini sering berperang dengan dirinya sendiri. Kekuatan iman dari panduan al-Quran dan sunnah menjadi tunjang untuk mengembalikan mereka ke jalan perjuangan. Perjuangan ini berbekalkan kefahaman yang jelas bukan kerana semangat semata-mata. Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w mentarbiyyah sahabat-sahabatnya dengan akidah yang kukuh dan menjadikan matlamat kehidupan semata-mata kerana Allah bukan kerana pandangan manusia.
Raihlah cinta Allah dengan mencari wasilah yang terbaik. Sentiasa perbaiki diri untuk memimpin diri dan orang di sekeliling kita. Allah telah memberi pilihan dalam kehidupan kita.Tetapi akal dan iman yang bertindak untuk memilih jalan yang terbaik
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (QS 2:168)
No comments:
Post a Comment