Powered By Blogger

Tuesday, March 29, 2011

Diantara Persimpangan

                                                        



Ku mulakan bicaraku dengan kalimah Basmallah..semoga perkongsian kali ini mencapai redhaNya untuk tatapan hati-hati yang ingin sejahtera kepadaNya..

Jelaskan images diatas??mengikut sunnatullah kehidupan seorang musafir yang bergelar hamba di atas muka bumi ini,sentiasa berhadapan dengan banyak persimpangan..manusia bebas untuk memilih dalam kehidupan ini..tetapi pilihan yang bagaimana??apakah rujukan yang perlu kita ambil sebelum membuat sesuatu keputusan??apakah kesannya kepada diri kita selepas membuat keputusan tersebut??semuanya ada jawapannya.jangan bimbang akan kemaslahatannya,kerana Islam itu agama solusi..kembalilah pada Al-Quran dan sunnah sebelum membuat keputusan untuk memilih simpang mana yang harus kita tempuhi..

Rasulullah berpesan kepada ummatnya agar berpegang teguh dengan Al-Quran dan sunnah,pasti kita tidak akan tersesat dalam perjalanan kehidupan ini.Berapa ramai diantara kita pada zaman sekarang yang menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam bahtera kehidupan?rujuklah kedua-dua elemen ini sebelum membeli pakaian,sebelum makan dan minum,sebelum bernikah,sebelum bermuamalat dan sebagainya.pastinya jalan yang kita pilih itu diiringi dengan keberkatan dan pahala dariNya..jangan jadikan majalah barat sebagai rujukan kita untuk berfesyen!inilah trend remaja zaman sekarang.


                                                 
 Tahukah kalian di antara persimpangan jalan itu terletaknya antara SYURGA dan NERAKA?? ya..disitulah terletaknya natijah keputusan kita dalam memilih jalan tadi...jalan yang menuju ke syurga membawa seribu rahmat dari Allah diiringi dengan redhaNya andai kita melaksanakannya dengan ikhlas dan mengikut lunas-lunas Islam.Tetapi,kerana syurga itu terlalu manis,maka perjalanan menuju ke arahnya terasa pahit. banyak mehnah dan tribulasi yang terbentang di sepanjang jalan itu..ada lopak air,ada lubang yang besar,jalan yang sempit,malah ada duri diatas jalan tersebut. nah! bergantung pada kita pula bagaimana hendak menghadapinya. Saat ini hanya iman yang berbicara. kuncinya adalah SABAR, SABAR dan SABAR!!walau pahit,tetapi yakinlah bahawa di penghujung jalan itu tersedia gerbang keindahan untuk orang yang SABAR!
jadikan iman sebagai neraca dalam bahtera ini. kembalilah hati yang damai dengan keimanan,suburkan ia dengan 'amalan sebagi buahnya,akarnya pula dipaksikan dengan akidah yang sahih..pasti jalan itu menjadi mudah bagi seorang hamba dan khalifah!!



                                               
hidup kita ini seperti hi-way..disepanjang hi-way ini,ada R&R untuk berheti sebentar,dan hi-way itu tiada penghujungnya melainkan jalan mati...R&R boleh diibaratkan sebagai wasilah untuk kita menge'charge' iman kita...disitulah kita mencari makanan yakni makanan rohani sebelum hati menjadi mati..jalan mati pula diibaratkan seperti ajal yang akan menjemput kita apabila tiba saatnya..disitulah noktah sebuah kehidupan yang sementara,kerana kita punya matlamat yang jauh lebih besar iaitu ke negeri yang kekal abadi.disanalah menjadi neraca kehidupan kita didunia dengan hasil keputusan dalam memilih persimpangan jalan kita tadi..jadi!keputusan untuk memilih persimpangan jalan itu terletak pada kita!hati-hatilah dalam memandu kehidupan ini...   wallahu'alam...


KETAHUILAH SESUNGGUHNYA  DUNIA INI BAGAIKAN LAUTAN YANG DALAM, 
RAMAI MANUSIA YANG KARAM DI DALAMNYA,
BILA ENGKAU INGIN SELAMAT DARI KARAM,
LAYARILAH LAUTAN INI DENGAN SAMPAN YANG BERNAMA 'TAQWA',
ISINYA 'IMAN' DAN LAYARNYA DENGAN 'TAWAKKAL' PADA ALLAH...                                       

No comments:

Post a Comment