Kami mengisytiharkan perang kepada cinta
Cinta palsu yang direka manusia
Memurahkan makna cinta yang sebenarnya
Cinta palsu ini kami ingin menghapuskannya
Biar cinta yang mahal, berpaut
Pada RABB itu, kekal atas dunia
Agar manusia kembali bercinta
Bercinta dengan sebenar-benarnya
Pada saya cinta itu tidak haram, cinta adalah FITRAH INSAN. Tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pengendalian insan terhadap cintanya. Bukan masalah cinta sebenarnya. Tetapi masalah bagaimana kita bercinta...
"Tetapi orang BERIMAN, cintanya dibina untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT..Dia bukan mencari redha Allah SWT untuk bercinta...harus diingat itu..."
Koreksi diri : Saya pernah bercinta..namun, saya telah mentransformasikan cinta saya kepada yg lebih Agung..cukuplah seketika ini, di usia muda, saya mahu kejar cinta Allah, Rasulullah dan ibu bapa...sikit masa lagi, mujahid saya akan datang kepada saya...biarlah 'Dia' sendiri yg menjemput saya dan saya akan setia menjadi sayap kiri kepada perjuangan 'Dia' kelak agar cinta yg dibina semata-mata utk mencapai redha Allah..aminnn..
Baitul Muslim impianku..=) |
No comments:
Post a Comment