Powered By Blogger

Saturday, November 20, 2010

Harapan padaMu subur kembali....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Salam dan selawat diutuskan pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,ahlulbait baginda,sekalian para sahabat baginda...
Sepotong doa buat para mujahid dan mujahidah yang bertebaran di muka bumi Allah ini untuk terus membawa syiar Islam...

                                                              

Ya Allah....terasa hiba di hati hambaMu tika ini...rasa hendak menitiskan air mata tetapi tiada daya untuk menzahirkannya...
Rasa rindu bertamu di hati...rindu untuk berada dalam pelukan kasih sayang Allah dan hati ini juga rindukan Rasulullah s.a.w.....
Mungkin kerna iman senipis kulit bawang,aku tidak mampu menzahirkannya...
Pasti Rasulullah s.a.w sedih melihat seorang umatnya yang terlalu kerdil ini begitu lemah...
Apatah lagi dipandangan Allah...bagaimanlah kedudukan aku disisiNya....

Syukur ku panjatkan kerna Allah telah memilih aku dan sahabat-sahabat yang lain utk menjejakkan kaki ke De' Congkak pada hari Isnin ini..insyaALLAH...
Aku mengaharapkan agar disana menjadi wadah utk aku mencari dan mentarbiyah diri utk menjadi hamba yg lebih bertaqarub kepadaMu Ya Allah...
Syukur jua ku panjatkan kerna Allah masih memberi 'perasaan' ini agar aku terus dan selamanya sedar bahawa aku adalah hambaNya dan khalifah yg diciptakan utk menjalankan tanggungjawabku yakni utk berjihad di jalan ini...
Agar aku sedar, aku tiada masa utk bersenang-lenang,tiada masa utk menopang dagu,tiada masa utk berhibur tetapi masa yg singkat ini adalah thabat di jalan yg sebenarnya,,,
Walau jalan ini sukar, aku memohon padaMu Ya Allah agar Kau sentiasa hadir dan mengiringi kehidupanku...





Berilah aku kemudahan dalam urusan agamaku...
Ya Allah,bantulah aku mengingatiMu, bantulah aku utk sentiasa mensyukuri nikmatMu...
Ya Allah bantulah jua hambaMu ini utk memperbaiki ibadah kepadaMu...
Kau hadirkanlah rasa cinta dan rinduku hanya utk beribadah dan bertemu denganMu dalam setiap sujudku...
Hadirkanlah jua rasa cinta dan rinduku hanya utk bertemu dengan kekasihMu Ya Allah di syurga kelak...
Kau berikanlah kekuatan padaku agar aku jua mampu utk beramal dgn sunnah Rasulullah agar baginda tidak sedih dgn keadaan umatnya pada hari ini...

                                             

Kau ampunkanlah umat Nabi Muhammad agar umatnya ini dapat masuk ke syurga bersama dengan baginda...
Kau berikanlah perlindungan,keselamatan dan kesejahteraan buat saudara-saudara Muslimku di bumi Palestin....
Kau lemahkanlah musuh-musuh agamaMu...
Kau gentarkanlah hati mereka dengan segentar-gentarnya...
Kau longlaikanlah pergerakan mereka...
Kau hancurkanlah mereka...
kerna Kau jualah yang berkuasa atas setiap segala sesuatu...tiada daya hambaMu ini Ya Allah...

Ya Allah..ampunkanlah hambaMu ini kerna terlalu banyak meminta sedangkan hati ini masih lalai dalam mentaati perintahMu...tetapi aku yakin padaMu Ya Allah, Engkau akan memperkenankan doa hambaMu ini...aku yakin jua dengan segala pemberianMu kerna Engkau memberi apa yg hambaMu perlukan...
Aku menyerahkan tali pergantungan kehidupanku sepenuhnya padaMu Ya Allah...
Aku mohon jua agar perasaanku ini selamanya subur agar aku sedar kewujudanku di bumi ini Ya Allah....


        
                                         
                                                 ~  Amin Ya Rabbal 'Alamin  ~
                                               
                                             hati merintih Allah saja yang setia mendengar

Friday, November 19, 2010

Kubu Pertahanan Dari Godaan Syaitan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Salah seorang dari para salihin dengan katanya: "ku renung dan ku fikir,dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia,tiba-tiba aku dapati syaitan memasuki dari sepuluh pintu...":

1. Tamak dan jahat sangka lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar

2. cintakan hidup dan panjangkan angan2 lantas aku menghadapinya dgn rasa takut terhadap kdtgan maut dgn tiba2

3. cintakan kerehatan dan nikmat,lantas aku menghadapinya dgn meyakini bhwa nikmat itu akn hilang dan meyakini balasan buruk

4. kagum pada diri sendiri (ujub), lantas aku menghadapi dgn mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan

5. pandang rendah terhadap org lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dgn cara aku mengetahui hak2 dan kehormatan mereka

6. hasad,lantas aku menghadapinya dgn sifat qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kpd makhluknya

7. riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dgn sifat ikhlas

8. bakhil, lantas aku menghadapinya dgn meyakini bhwa apa yg ada di tgn makhluk itu akn binasa sedg apa yg ada di sisi Allah itu akan kekal

9. takabbur, lantas aku menghadapinya dgn sifat tawadhuk

10. tamak,lantas aku menghadapinya dgn yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yg ada pada manusia
 

Thursday, November 18, 2010

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harokah

::...hati berbisik...::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Seinfiniti syukur dipanjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat dan pemberianNya yang mana Allah sendri telah berfirman bahawa hari ini terlalu sedikit hambaNya bersyukur...semoga kite termasuk dalam golongan sedikit itu...
Selawat dan salam buat Rasulullah saw,keluarga Baginda,serta para sahabat...
sekalong doa buat para mujahid yg bertebaran di atas muka bumi utk menegakkan syiar Islam sehinnga kiamat..

Hari ini sehari suntuk,dr pagi ke petang sy berada di masjid UPM utk mendirikan solat sunat eidul adha dan bersama-sama dgn kariah Serdang utk bergotong-royong memasak daging korban..alhamdulillah walaupun xdpt pulg ke rumah,tetapi rase dekat bile bergaul dgn sesama saudaraMuslim..indahnya kurnia Allah...

 Hari ini juga terlalu banyak perkara yg menyesakkan saya di benak fikiran...sahabt2 seperjuangan rmi yg pulag ke rumah,terasa sunyi pula bila mereka tiada disisi...inilah nikmat tautan hati kerna Allah...terasa bile berjauhan,rindu bertamu...cptlah pulang sahabat-sahabatku!!!




Hari sabtu pula exam fizik akan menyusul..masih berusaha utk benar-benar memahami walaupun mmg sukar hakikatnya..mane tidaknya dah lame sgt tgglkan subjek fizik,tibe2 kene stady semula..huhu..tidak apa-apa,susah itu tarbiyah dr Allah...semoga pengorbanan yg dilakukan sampi x pulang berhari raya mendapat imbalan yg berbaloi..insyaAllah A dalam tangan...

Sedang syok-syok stady fizik,terfikir pula tentang tarbiyah Islamiyyah...saya masih membina diri dan menegakkan Islam di dalam diri utk dibawa bersama...terasa dihati bahawa ada  mad'u-mad'u yg sedang menanti saya utk dipimpin bersama-sama...walaupun ilmu di dada masih nipis, ttpi tidak mematahkan semangat dan iltizam utk menyambung rantai perjuangan Rasulullah saw.. bersyukur jua kerana dipertemukan dgn sahabat-sahabat yg masih thabat di jalan dakwah..merekalah yg bnyk memberi tunjuk ajar utk sama-sama mengajak orang lain mengenal Islam...


Saya juga mesti berusaha sehabis mungkin utk menegakkan daulah Islamiyyah..ayuh sahabat-sahabat!!saya juga menyeru kalian utk turut serta dalam perjuangan ini...walaupun ianya pahit,penuh cabaran,mehnah,cacian dan halangan namun itulah yg dikatekan PERJUANGAN!!jika hendak menunggu ilmu di dada setebal kulit buah labu,jawapannya sehingga matilah kita tidak akn berganjak...tugas dakwah ini bukan hanya dipikul pada bahu seorang imam,bilal,ustaz dan ustazah sahaja..tetapi fahamilah bahawa sesiapa yang menyebut kalimah tauhid,maka menjadi tggungjawab kita semua utk menegakkannya...




Jangan hanya sekadar Islam di dalam kad pengenalan,walhal kita tidak berusaha utk menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam secara keseluruhan...Allah juga telah menyeru agar kita beramal dgn Islam secara keseluruhan,tidak boleh beramal dgn separuh-separuh sesuka hati..bukannya bila hendak berpoligami mengikut sunnah, tetapi solat 5 waktu masih terabai..nauzubillah min zalik..

Ayuh kita kenal agama kita,kenal Khaliq kita,Rasul kita dan beramallah...janganlah kita terlalu leka dengan hasutan dan permainan dunia..suka saya ingtkan bahawa kehidupan kita di dunia ini ibarat sedang belayar,,kitalah yg menjadi nakhoda utk memandu kapal, kita sahajalah yg mengetahui destinasi yg dituju..destinasi tersebut ialah AKHIRAT...

Sabda Rasulullah saw : Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir

Oleh itu,saya mengingatkan diri saya dan kalian agar bijaklah menjadi nakhoda agar tidak tersasar dari destinasi...hmmmm...banyak pula ilham dapat pagi2 ni...alhamdulillah...

Sekalian utk kali ini,saya ingin meneruskan jihad saya bersama pena dan kitab fizik...huhu..



 ~sekadar peringatan buat diri yang alpa dan sombong berpijak di bumi Allah~







Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha...

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...seinfiti syukur dipanjatkan pada Allah swt. kerna kita masuh lagi diberi pinjaman shgga hari ini untuk merasai nikmat dan esok hari di Malaysia,seluruh umat Islam akn menyambut Hari Raya Aidiladha...pengorbanan saya di sini ialah saya tidak pulang ke kampung memandangkan masih ade exam yg menanti...jauh di sudut hati mmg nak sangat balik ke rumah...
     Dalam keseronokan memakan daging sembelihan, suka utk saya mengingatkan dri saya dan kalian agar kite juga sama-sama dapat menilai semula sirah Nabi Ibrahim as. yg tegar untuk menyembelih anaknya demi menuntut perintah dari Allah swt. Apabila Allah melihat ketaatan Nabi Ibrahim utk menyembelih anaknya, Allah telah menggantikan anknya dgn qibasy..
      Dapat dilihat disini, simbol ketaatan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim beserta anknya terhadap perintah Allah azza wajalla...kte sebagai hamba sepatutnya mengambil iktibar akn peristiwa ini..pengorbanan dan ketaatan mnjdi tunjang dalam agama Islam..selagi mana kite bernama 'hamba' di atas muka bumi ini maka sewajibnya kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya..melalui pengorbanan pula dalam aspek berjihad dan berdakwah, sudah pasti banyak pengorbanan yg perlu dilakukan...namun begitu, Allah tidak akan sesekali mensia-siakan pengorbanan para mujahid.Taan dan lakukan pengorbanan semata-mata kerna Allah swt. seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim..tidak dinafikan,kite bukan Nabi, malah kite bukan malaikat...tetapi harus diingat,kite ditinggalkan dgn dua perkara yakni al-Quran dan hadith..maka berpeganglah padanya...
     Oleh itu, janganlah kita hanya berseronok dalam merayakan Aidiadha kerna Allah tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia-sia...akhir kalam,selamat berhari raya dt saya di bumi upm...=)